Pelakon baharu, Shatirah Amanda,23, tak nak hipokrit dan selesa dengan imej seksi yang digayakan. Dia tak peduli dengan kata-kata orang terutama mulut-mulut jahat netizen yang suka mencari kesalahan orang lain.
“Saya cuma menjadi diri sendiri dan saya selesa menggayakan apa sahaja imej yang dirasakan sesuai dan disukai. Bagi saya seksi itu subjektif. “Pandangan orang juga berbeza-beza. Mungkin bagi saya biasa sahaja, namun seksi untuk segelintir orang. Nak kata saya berpakaian mencolok mata, tidak pula sebab saya masih menjaga batas dalam berpakaian dan tidak keterlaluan,”katanya kepada Utusan.
Selain itu, Amanda tidak menolak, penampilannya seksi menyebabkan dia sering menerima pelbagai komen lucah serta dijadikan sebagai modal untuk segelintir lelaki berimaginasi kotor. “Saya tak boleh mengawal mulut orang sebab media sosial ini terbuka dan sesiapa sahaja boleh melontarkan komen. Terpulang apa mereka nak cakap asalkan saya suka apa yang suka dan tak kacau orang. “Apa yang orang nak cakap dipersilakan. Apa yang penting saya tak hipokrit. Saya akui memang saya baca komen-komen itu namun tak layan. “Sebenarnya, kalau nak cakap begitu, orang yang berpakaian tutup aurat pun akan ada individu yang berfikiran kotor seperti nak tahu bentuk tubuh seseorang wanita itu.
“Jadi saya nak cakap di sini, nak tutup mulut orang atau apa yang orang fikir tak mudah. Saya nak bersuara pun siapalah saya. Kita buat saja apa yang kita suka dan selesa bagi diri sendiri. Tak perlu tahu orang fikir apa,”katanya. Dalam pada itu, Amanda yang membawakan watak Rashidah dalam filem Mar Rak mengakui teruja apabila terbabit dalam filem pertamanya ini.
Kata Amanda, dia juga tidak sabar menanti respons penonton sebaik filem ini mula ditayangkan pada 2 November ini.
Selain Amanda, Mar Rak turut dibintangi oleh Kael, Nina KSC dan Dyvianna James. -CARI Sumber: Utusan
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|