Kajang: Seorang jurutera, Nur Liyana Yusof bertemu dengan lelaki warga emas di stesen Transit Aliran Massa (MRT) Kajang, di sini, pada 21 Oktober lalu. "Saya bantu kerana nak ringankan beban pak cik itu dan teringat ayah apabila melihat wajahnya," katanya kepada Harian Metro
Menerusi video tular itu, kelihatan Nur Liyana disapa lelaki berkenaan sebelum dia memberi sejumlah wang. Berkongsi kisah sebenar, Nur Liyana berkata, dia bertemu lelaki berkenaan secara kebetulan selepas pulang menyertai himpunan solidariti Palestin di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. "Saya letak kereta di stesen MRT dan ketika itu kira-kira 4 petang, saya nampak pak cik itu membawa topi keledar. "Waktu itu, saya nampak pak cik itu macam perlukan kewangan dan dia yang sapa saya dulu. "Mulanya takut juga nak bersembang dengannya tapi beranikan diri dan bila ditanya, baru tahu yang dia perlukan RM26 untuk pergi ambil motosikal wakaf.
"Katanya, baki akaun di bank tinggal RM14 saja jadi memang tak cukup hingga dia terpaksa meminta bantuan." Atas rasa kasihan, Nur Liyana memberi sejumlah wang yang nilainya lebih daripada apa diperlukan. "Saya tak tanya banyak mengenai latar belakangnya tapi diberitahu yang dia menetap di Pulau Meranti, Puchong. "Cuma tak tahu pak cik itu tinggal dengan siapa tapi memang kasihan melihat wajahnya. "Itu yang membuatkan saya terpanggil untuk membantu cuma tak lama selepas bergerak, saya tak nampak sudah kelibat pak cik berkenaan," katanya. Nur Liyana berkata, niatnya memuat naik video berkenaan sekadar berkongsi pengalaman dan dengan harapan lebih ramai tampil membantu. "Tak sangka pula boleh tular dan ramai turut bersimpati. "Alhamdulillah dan saya bersyukur video tular kerana mahu ramai membantu pak cik berkenaan. "Walaupun tak berada dalam keadaannya, saya faham apa dilalui pak cik itu kerana cuba letak diri di tempatnya. "Bagi mereka yang masih ada ibu dan ayah, diharap video itu menyedarkan kita semua untuk menghargai serta berbakti kepada orang tua selagi mereka masih ada," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
nono86 replied at 2-11-2023 02:57 AM
Aku dh tertgk video ni kt fb.. tapi kenapa mesti rakam? Muka pakcik tu tak di blurkan pun.. zaman sk ...
nono86 replied at 2-11-2023 02:57 AM
Aku dh tertgk video ni kt fb.. tapi kenapa mesti rakam? Muka pakcik tu tak di blurkan pun.. zaman sk ...
salimrock replied at 2-11-2023 10:30 AM
kalo tolong orang kena rakam ke?
rakam takpe mgkn utk tatapan sendiri tap takperlu la heboh di me ...
Tak sangka pula boleh tular dan ramai turut bersimpati.
Kancilkering replied at 2-11-2023 08:33 AM
cctv akhirat
i like this input
ADVERTISEMENT