Ariff Bahran tak terasa hati dengan komen pihak juri terutamanya Mas Idayu apabila dikatakan lebih gemar melihat Haqiem Rusli di pentas Famili Duo (FD3). Ariff tidak kisah sekiranya pihak juri mempunyai peserta kegemaran di pentas FD3, sebaliknya menyifatkan ia sebagai satu peluang baginya untuk terus melakukan yang terbaik saban minggu.
“Saya tak ada rasa terasa sedikit pun, tiada. Kami adalah satu team. Saya okey sahaja, terpulanglah pada juri nak suka siapa. “Memang dia dah minat Haqiem, sebelum masuk Famili Duo lagi memang dah minat, nak buat macam mana. Saya rasa perkara itu tak mengapa bagi saya. Ia juga satu manfaat juga bagi saya. “Alhamdulillah ia juga rezeki pada saya, kalau orang nak cakap saya terasa ke apa ke, orang lebih Haqiem, tiada, saya okey saja. Saya gembira dengan dia,” katanya kepada XTRA.
Dalam pada itu, Haqiem juga menyatakan dia tidak merasakan pihak juri membandingkan nyanyiannya dengan sepupunya itu sebaliknya mengambil teguran sebagai satu ilmu untuk dipelajari. “Ia satu tekanan juga sebenarnya bila Mummy mengharapkan kami buat persembahan konsisten setiap minggu.
“Mummy juga bukanlah membandingkan sesiapa, saya tak pernah nampak dia bandingkan saya dengan Bahran. “Apa yang dia tegur adalah untuk kami belajar, dia sebagai juri untuk tergur kesalahan kami, sebab kami tak pernah ada konsep nyanyian sebelum ini kalau buat persembahan di luar.
“Famili Duo adalah platform yang terbaik bagi kami untuk tonjolkan konsep pada persembahan-persembahan kami di luar,” ujar Haqiem.
Pada konsert minggu ketiga, Mas Idayu memberikan komen dengan memuji persembahan pasangan duo ini namun menyatakan setiap persembahan Haqiem sentiasa memberi sentuhan di jiwa. -CARI Sumber: XTRA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|