CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nak Teruskan Legasi Nenek, Cucu Normah Damanhuri Masuk HeroDewi Remaja 2023

1-11-2023 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9180| Komen: 55

Peserta HeroDewi Remaja 2023, Fitri Farok menyertai program berkenaan kerana mahu meneruskan legasi neneknya Normah Damanhuri dalam bidang lakonan.

Fitri atau Muhammad Fitri Mohd Farok, 24, berkata, dia serius mahu bergelar seorang pelakon seperti Normah.


Foto: IG

"Mungkin ada orang di luar sana tidak mengenali saya tetapi pelakon Normah Damanhuri merupakan nenek saya.

"Tujuan saya sertai program ini pun bagi meneruskan legasi nenek saya dalam bidang seni dan menjadi hasrat saya untuk bergelar pelakon sepertinya," katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, Fitri yang juga model berkata, Normah banyak memberikan nasihat serta membantunya bagi membuat persediaan untuk bertanding dalam program tersebut.

Ini termasuk membina keyakinan diri di hadapan kamera selain belajar membaca dan menghafal skrip dengan mudah.



"Nenek juga menasihatkan saya untuk jadi diri sendiri, jangan takut kamera selain yakin serta sentiasa berusaha dan jangan cepat mengalah," ujarnya.

Fitri turut memberitahu ibu saudaranya iaitu Liana Rosli atau Kak KM juga teruja dengan penglibatannya dalam HeroDewi Remaja 2023.


Sementara itu, HeroDewi Remaja musim kali ini bakal memperlihatkan seramai 16 orang peserta bakal berentap merebut gelaran juara.

Selebriti popular dan juga juara Dewi Remaja 2005/2006, Scha Alyahya kembali sebagai mentor serta juri tetap untuk edisi kali ini setelah kali terakhir terlibat menerusi edisi Hero Remaja 2021.

Ketua Bahagian New Gen dan Men & Hobbies Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Fiezreen Ahmad berkata pencarian HeroDewi Remaja 2023 dijangka akan memberi impak berbeza disebabkan kelainan yang dipersembahkan pada musim kali ini.



"Apa yang menarik edisi kali ini menyaksikan kelainan menerusi gabungan Hero dan Dewi dalam satu edisi.

"Semestinya bakal memberikan perspektif baru dengan tampilan kandungan yang lebih segar selari dengan misi untuk melahirkan anak seni berpotensi tinggi dan membentuk personaliti terbaik.



Diharapkan finalis tahun ini memberikan usaha mereka sepenuhnya dalam perjalanan bergelar juara," ujarnya.

Herodewi Remaja 2023 bakal bersiaran setiap Jumaat di saluran Astro Ria. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 1-11-2023 10:53 AM
Oh ni anak kakak kak km ker? Nampak mcm
Mak ayah budak ni mcm dah bercerai dan ayahnya ada keluarga baru.
Quote shida81 1-11-2023 11:07 AM
Suchi replied at 1-11-2023 10:53 AM
Oh ni anak kakak kak km ker? Nampak mcm
Mak ayah budak ni mcm dah bercerai dan ayahnya ada keluarga  ...

Bukan.. Ni ank sedara k km..
Elok lg bdk ni dr ank k km
Quote prettyuglybabe 1-11-2023 11:09 AM
muka dah ok.. sekali angkat keti, alahai..
gi la wax or laser sebelum tunjuk keti..
Quote sayurmayur88 1-11-2023 11:09 AM
muka okay, tinggi okay, sesuai jadi model.
Quote Suchi 1-11-2023 11:12 AM
shida81 replied at 1-11-2023 11:07 AM
Bukan.. Ni ank sedara k km..
Elok lg bdk ni dr ank k km

Yela iols ckp anak kakak kak km maksudnya ank kepada kakak kak km
Hahah adoi byk lak perkataan kakak tu

Anak beranak dorang ada ketinggian
Anak kak km hat lelaki tu pun rupa helok
Hidung mancung.
Kak km, ahya bagai tu semua ikut muka arwah ayah dorang.
Ayah dorang hidung gitu laa
Quote ohsoyaya 1-11-2023 11:24 AM
Herlok yg ni
Quote sukacactus 1-11-2023 11:25 AM
Suchi replied at 1-11-2023 11:12 AM
Yela iols ckp anak kakak kak km maksudnya ank kepada kakak kak km
Hahah adoi byk lak perkataan kak ...

Dia camni je
Kalau rupa elok skit + kelaku elok, mesti nampak elok
Kalau tang kelaku tu xleh blah, lantak pi la rupa elok ke x, automatic npk xelok + nyampah org tgk (read kak km & ank2nya)

Harap ank sedara yg ni, xde la kelaku xelok
Nak jd hero wei…elok2 skit perangai
Quote heythere123 1-11-2023 11:38 AM
muka heols macam budak lord rayyan (ex HR) tapi versi galah.

yg rayyan tu katek sangat, ni helok la sikit
Quote ReginaGeorge 1-11-2023 11:43 AM
Boleh la jadi hero, ganti bapak2 dan teruna terlajak yg masih over confident ambik watak remaja sekolah…
Quote sleepandream 1-11-2023 11:45 AM
dia ni la yg fyp tiktok haritu kata masuk hero remaja... tapi mcm dah lama iols tgk tiktok tu... ke berita ni yg lambat publish?

btw heols helok yach... jadi model pun boleh pegi ni
Quote Manusiabesa 1-11-2023 11:48 AM
Ooo cucu normah..anak sedara kak km la ni. Anak kak km hat jantan tu pun herlok gak. Tp kenangkan cara hidup deme mmg geli la. Ada 1 video tu kak km tgh tggu rania kt spitan nk oprte kan. Budak laki tu baring kt riba kak km..dh remaja dh budak tu tp kak km melawak tny " ngko knape nk menetek ke". Adui geli.
Quote ghalibboy 1-11-2023 11:49 AM
Nampak family pun ok...
Quote missHaidiD 1-11-2023 11:51 AM
Tinggi bdk ni

Ok la masuk hero remaja. Jgn buat perangai menonggeng sudah. Kena kansel ko nti
Quote pembacagosip 1-11-2023 11:53 AM
elok eh
anak kak km yg laki pun elok
ahya pun elok sebab tinggi kut n good looking

oh so ni anak kakak yg suka pose lentik2 seksi tu sengih2 tu la kan walaupun agak besar size nya

tapi tulaaaaaaa aku tgk pun ish konfiden tinggi akak ni berani post gini
Quote cicicumel 1-11-2023 11:54 AM
Helok muka pure melayu
Quote Prickford 1-11-2023 11:55 AM
Yg jantan2 kerabat kak km ni herlok2. Tang betina,takleh brain. Ada yg rupa kembang semangkuk la, rupa tembun la, rupa red indian la.
Quote chandrahusin 1-11-2023 12:05 PM
Haha.. betul komen atas ni
Family kak Km hat jantan mmg segak sungguh laa
Yg pempuan plk jd bagak2
Quote VespaSilbe 1-11-2023 12:19 PM
Herlok... Posting IG pun tak merapu
Quote bukan_ustazah 1-11-2023 12:20 PM
Ni lelaki yang kantoi comolot dengan tyra sampai dia putus dgn anak tiri tok ti tu kan

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.085224 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top