CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Watak Paling Jahat, Selalu Hambur Kata-Kata Kesat- Janna Nick Banyak Istighfar Semasa Shooting Di Mekah

1-11-2023 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4002| Komen: 9

Janna Nick mengakui bukan perkara mudah nak shooting drama bersiri Surat Dari Tuhan.

Janna memegang watak utama sebagai menantu syaitan mengakui watak ini adalah yang paling jahat pernah dibawa.


Foto: IG

“Sepanjang penglibatan dalam seni, ini merupakan watak paling jahat pernah saya bawa. Namun, jauh di sudut hati, saya rasa sedih dengan watak Misha.”

“Ada kala apabila saya tengah shoot, terutama di Mekah dan Madinah, saya jadi takut untuk teruskan scene tertentu. Risau perkataan yang jahat dari mulut watak Misha tu dimakbulkan,” katanya kepada XTRA.



Katanya dia sentiasa beristighfar setiap kali mengungkapkan kata-kata kesat di sana demi tuntutan kerja.

“Saya banyak istighfar setiap kali scene yang keluarkan kata-kata kesat.



“Saya pasti watak jahat saya ini bakal menjentik emosi penonton dan harap drama ini dapat sampaikan mesej yang mendalam kepada penonton."

Sekadar info, Surat Dari Tuhan merupakan drama terbitan Mache All Star United Sdn Bhd dan diarahkan oleh Pali Yahya. Naskhah itu hasil karya Rozie Rashid dan Soula Nordin.


Drama Surat Dari Tuhan mengisahkan dugaan yang melanda hidup Ryan (Shukri Yahya) yang berkahwin dengan Misha yang bersifat talam dua muka. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cucutokwan89 1-11-2023 12:38 PM
daku penah tgk ziana zain berlakon guna green screen scene di Mekah.
Tau pun tempat suci, bakpo produksi gigih shoot scene gini kt sana
Quote cmf_anisss84 1-11-2023 12:58 PM
banyak bajet producer shoot sampai ke mekah....
Quote bedahmenjuyah 1-11-2023 04:35 PM
cucutokwan89 replied at 1-11-2023 12:38 PM
daku penah tgk ziana zain berlakon guna green screen scene di Mekah.
Tau pun tempat suci, bakpo prod ...

Kan sejenis kegigihan tak bertempat. Sana tempat beribadat tempat suci
Quote telracs 1-11-2023 10:38 PM
cucutokwan89 replied at 1-11-2023 04:38 AM
daku penah tgk ziana zain berlakon guna green screen scene di Mekah.
Tau pun tempat suci, bakpo prod ...


Kalau tengok astro oasis, banyak je drama yang guna gs Mekah. Tak perlu pun guna backdrop yang real.

Berani betullah diorang ni...

Kita sepanjang masa di sana, nak terlintas benda tak elok dalam minda pun tak berani... ini kan pula mengeluarkan kata²... meskipun hanya lakonan...

Wallahu'alam

Semoga semuanya baik² sahaja.
Quote sayurmayur88 2-11-2023 07:34 AM
dah memang benda ta boleh buat. please hormati tempat suci kot
Quote plasminas 2-11-2023 07:53 AM
semoga tak effect pada otak si janna ni, risau takut makin gila lak lepas ni

main2 je kat tanah suci tu kan, berani betul
Quote September14 2-11-2023 08:19 AM
Suka sgt buat benda yg divenci… lpstu nnti bipolar lah apa lah….
Quote Honey_Inara 2-11-2023 10:16 AM
Benci betullah dengan orang yang langgar semua benda dengan prinsip atas nama seni dan konon utk memberi pengajaran. Seni itu indah. Korang yang mencemar & mengotorkan seni.
Quote cikatilia 2-11-2023 12:12 PM
boleh aje berlakon kat sana tp scene2 tu buat aje la bilik mana2 adjust nampak sama mcm hotel sana tuu

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.029463 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top