Sabri Yunus dan Angeline Tan tidak merancang untuk memiliki zuriat pada usia yang sudah tua. Mereka hanya mahukan kehidupan yang tenang dan selesa tanpa terbeban dengan membesarkan anak.
“Kami sudah berusia, saya 62 tahun manakala isteri 56. Tidak wajar lagi untuk kami menghantar anak ke sekolah dan sebagainya. “Kalau nak mempunyai anak biarlah kita mampu dari segi kesihatan dan kewangan. Tak perlu susahkan hidup kalau tak mampu. “Biarlah usia tua kami dalam gembira, tidak terbeban. Kasihan saya dengan orang-orang tua yang terpaksa menjaga cucu. Itu menyusahkan mereka,” katanya kepada Utusan.
|
ADVERTISEMENT