Seorang pempengaruh Indonesia tergamak membunuh bayinya yang baru lahir dengan alasan tidak tahu ayah kepada anak tersebut kerana sering berganti pasangan. Tertuduh yang dikenali sebagai Zhafira Devi Liestiatmaja melakukan pembunuhan itu ketika bercuti di Bali bersama teman lelaki baharunya.
Ketika percutian itu, perut Zhafira mula memulas dan terpaksa berulang ke tandas beberapa kali. Sehingga pada jam 8 pagi, Zhafira dapat merasakan ada sesuatu (bayi) yang keluar dari farajnya.
Zhafira, 28, yang mahu menyembunyikan kelahiran bayi itu daripada teman lelakinya nekad mengakhiri riwayat bayinya dengan menutup mangkuk tandas sebelum disiram dengan air. Dengan harapan, bayi terbabit akan ‘lesap’ tetapi cubaanya itu tidak berjaya. Tertuduh kemudian bertindak membungkus bayi terbabit menggunakan plastik sebelum disorok di dalam almari baju.
Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakam identiti tertuduh. Tertuduh akhirnya berjaya ditahan pada 19 Oktober lalu dan bakal berdepan hukuman penjara selama 9 tahun. Ketika disoal siasat, tertuduh mengaku melakukan perbuatan kejam itu kerana tidak mahu teman lelaki baharunya tahu mengenai kehamilan tersebut. Sumber: Oh Bulan |
plywood replied at 31-10-2023 09:43 PM
pokokmeranti replied at 1-11-2023 12:52 PM
kau senaraikan lelaki yg pernah bersama dan buat DNA test...
ADVERTISEMENT