KAJANG – Seorang budak lelaki terpaksa menahan sakit selama 30 minit selepas kakinya tersepit di dalam lubang tandas ketika sedang membersihkan diri di Jalan Cheras Batu 12, Sungai Sekamat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 12.23 tengah hari. Katanya, seramai lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kajang bergegas ke lokasi kejadian. “Setibanya di lokasi, didapati seorang kanak-kanak warga Indonesia berusia sembilan tahun telah tersangkut kaki di dalam lubang tandas. “Kerja-kerja mengeluarkan kaki mangsa tamat pada pukul 12.50 tengah hari. Mangsa bagaimanapun, tidak mengalami sebarang kecederaan ,” katanya dalam kenyataan hari ini. -CARI Sumber: Kosmo
|
shernazz replied at 31-10-2023 05:17 PM
Adek Ni skolah mana? International school ke? Atau skola kebangsaan sikamat tu?
kelapaparut replied at 31-10-2023 07:25 PM
sekolah kebangsaan gune duit cukai rakyat malaysia la ni, anak pendatang sumer masuk sekolah kjaan ...
ADVERTISEMENT