MELAKA – Seorang majikan yang juga warga emas berusia 82 tahun berdepan hukuman penjara 10 tahun selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencabul pekerja wanita, September lalu.
Tertuduh, Liang Sing Kup, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Khairunnisak Hasni. Tertuduh didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 50 tahun dengan cara meraba tangan, memeluk badan serta memegang kepala dengan niat hendak mencabul kehormatannya. Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 3.50 petang di bilik pejabat majikan di sebuah premis syarikat di Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya dalam daerah Melaka Tengah pada 11 September lalu. Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar, manakala tertuduh yang diwakili Peguam A. Renganathan Abdullah. Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 7 Disember depan sebagai sebutan semula kes. – CARI Sumber: Kosmo
|
DeLuna85: Apa yang dia cabut. Okey2… 50 thn masih menarik kot
Sazreena replied at 31-10-2023 04:34 PM
Cabut acik ko la..tolonglah check dulu sebelum release. Rengsa giler ngan typo ceni...
ADVERTISEMENT