CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nasi Kandar Lauk Babi: "Saya Tak Kelirukan Sesiapa, Saya Memang Berniaga Di Kedai Non-Halal"

31-10-2023 01:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6309| Komen: 124

Petaling Jaya: "Saya bukan nak kelirukan sesiapa. Saya hanya berniaga kecil-kecilan di kedai yang memang jelas 'non halal'," kata pengusaha gerai Nasi Lemak dan Nasi Kandar 'Non Halal', Suresh G, 38, susulan tular mengenai hidangan itu dijual dengan lauk babi.


Nasi kandar atau nasi lemak lauk daging babi yang dijual adalah makanan istimewa selain ia adalah jenama perniagaannya yang diusahakan sejak tiga minggu lalu.


Foto: Harian Metro

"Ini sudah minggu ketiga saya berniaga. Semalam baru perasan perkara ini tular termasuk ada artikel yang keluar. Dulu ada restoran tapi dah tutup, itu yang ambil keputusan buka gerai dan menyewa di kedai Cina.

"Memandangkan ini adalah kedai 'non halal', itu sebab saya jual lauk 'non halal' iaitu daging babi. Bukan nak susahkan hati sesiapa pun.

"Saya ini hanya nak cari makan saja. Saya jual makanan ini memang di kedai Cina dan bukan di kawasan perumahan. Jadi, pelanggan pun memang bukan Islam.


"Menu ini adalah jenama saya dari awal gerai ini dibuka. Saya tak terfikir nak berhenti. Lagi pula, ia adalah 'speciality' di sini sebab idea dan 'branding' memang macam tu," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dia beranggapan tindakan menjual hidangan itu adalah tidak salah selain berkongsi hidangan sama turut dijual di banyak lagi gerai 'non halal' sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

"Kalau mengikuti saya di Instagram dan Facebook, memang tertera perkataan 'non halal'. Malah, setiap hantaran dimuat naik pun tulis huruf besar 'non halal'. Kiranya memang kita maklumkan dan bagi jelas.

"Logo perniagaan pun dah tunjuk gambar binatang tu. Jadi takkan ada orang yang keliru. Saya daftar pun di bawah jenis perniagaan 'non halal'.

"Jadi, saya berasa memang tak buat salah. Bukan nak menghina atau memalukan mana-mana pihak. Tak ada niat nak sentuh mana-mana sensitiviti dan menyinggung perasaan pihak lain. Tidak sama sekali.

"Saya bukan orang pertama buat, dah banyak di kawasan KL dan PJ. Nasi lemak daging babi misalnya bukan baru. Saya pun hairan, saya yang pertama kali buat, tapi kena kecam. Semalam siap ada hubungi dan cakap nak datang jumpa," katanya.

Dia berkata, pemahamannya mengenai nasi kandar ialah berlaukkan kari campur.

"Jadi saya buat kari campur cara sendiri dan ada pilihan lauk termasuk daging babi. Pelanggan saya memang bukan Islam saja," katanya.

Menurutnya, dia juga bersedia untuk berjumpa dengan mana-mana persatuan berkenaan termasuk pihak kementerian.

Terdahulu tular video dimuat naik seorang pempengaruh wanita yang mempromosikan perniagaan itu di TikTok yang berkongsi juadah nasi kandar dengan lauk babi.

Menerusi video itu turut diletakkan keterangan 'The only stall in Malaysia to sell Indian style pork nasi kandar and nasi lemak'.

Video itu mendapat reaksi Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) yang kesal dengan promosi makanan itu selain menganggap ia bentuk penghinaan kepada industri nasi kandar di Malaysia yang diketahui dipelopori pengusaha restoran Muslim sejak puluhan tahun lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azimodin 31-10-2023 01:39 PM
Dah jelas2 dia tulis non-halal, apa masalahnya. Kita sibuk nak halalkan "bakuteh"  & daging kering tu cina xde pulak bising.
Masa sekolah dulu bapak kawan aku (cina) hantar bekal ke sekolah. Member aku pergi tandas pulak jadi aku tolong ambikan. Pakcik tu siap pesan lagi "jangan makan ini nasik lemak sama Suzan tau.. ini dalam ada babi". Aku angguk2 je la.. nasib baik la pakcik tu bagitahu siap2.
Quote Suchi 31-10-2023 01:55 PM
Biar jela bukan dia hidang bg org isley mkn.
Masakan tu bukan spesifik tuk ayam/lembu tu
Hewan2 lain pun boleh jugak.
Kawan iols mualaf, dia pan asian.
Dia selalu sebut kalau time christmas masakan peberet dia kari babi.
Sejak depa satu family dah peluk islam balik melaka sambut christmas mkn kepsi jelaa
Quote cmf_almondpecan 31-10-2023 02:00 PM
Ikut suka dia la nak nasi kandar ke nasi kerabu ke nasi dagang ke nasi lemak lauk babi kalau dah sah2 dimasak oleh non-Muslim untuk pelanggan non-Muslim juga sambil ditulis besar2 dan sejelasnya NON-HALAL dan memang diiklankan sebagai pork atau babi.
Quote acik79 31-10-2023 02:05 PM
Dah kedai pun non halal… suka hati la diaorg nak buat babi lauk apa pun… ada yg masak babi masak merah, kari babi, masak lemak babi, nasi kandar babi… yg beli pun non muslim..  apa nak gaduh2… adoi la
Quote bored_atticus 31-10-2023 02:06 PM
sebenarnya kan.. saya tak faham kenapa mau marah-marah pasal ni.

kalau dia jual nasi kandar secara terbuka, tapi dari sumber tak halal, mungkin boleh la kecoh-kecoh .. tapi ni terang-terang dia jual babi, kat kedai terang-terang tak halal..
unless memang jenis selalu makan kedai cina, kedai bercampur .. tak mungkin la ada high chance termakan lauk babi ni..

kat tempat saya, ada banyak makanan ada babi.. tapi taklah juga pernah saya dgr orang Muslim tersalah makan..
satay babi, burger babi, serunding babi..
Quote acik79 31-10-2023 02:08 PM
tripleid replied at 31-10-2023 01:44 PM
Meleis mmg mudah terkeliru...keliru kehulu keliru kehilir ..sampai kedai halal dgn non pon tak reti  ...

Bukan sebab tu, sbb nak monopoli kot aku rasa… nak kasi nama naik sikit. Adoi pening la diaorg ni nyibuk hal org, cuba siasat dulu siapa yg beli & makan
Quote krustykrab 31-10-2023 02:08 PM
Betul la apa dia cakap tu. Yg org melayu gigih nak boikot mekdi yg sah sah halal tu jgn la pulak buat2 bengong pi masuk kedai dia.
Quote Nurul8001 31-10-2023 02:23 PM
tripleid replied at 31-10-2023 01:44 PM
Meleis mmg mudah terkeliru...keliru kehulu keliru kehilir ..sampai kedai halal dgn non pon tak reti  ...

Kenapalah nak petik meleis.
Sape yg betul2 bising.
PRESMA tu sape?

Alahai, nasi lemak babi dgn asam pedas, org Melayu takde bising pun
Quote ifanonline 31-10-2023 02:24 PM
keling ni sengaja cari pasal
Quote chilly 31-10-2023 02:27 PM
Asal boleh merempan.
Quote Kentot_Wangi 31-10-2023 02:29 PM
Xda nye keliru klu rajin membaca. Jgn jd noreen la sgt
Quote Skuau 31-10-2023 02:36 PM
Nurul8001 replied at 31-10-2023 02:23 PM
Kenapalah nak petik meleis.
Sape yg betul2 bising.
PRESMA tu sape?

Dh smlm aku jawab...PRESMA yg ulas isu ni...INDIA MUSLIM...lg depa 'ckp' Melayu la..pulok...samada depa bengong atau bangang atau kedua duanya sekali...
Quote kepompong 31-10-2023 02:39 PM
Edited by kepompong at 31-10-2023 02:41 PM
Nurul8001 replied at 31-10-2023 02:23 PM
Kenapalah nak petik meleis.
Sape yg betul2 bising.
PRESMA tu sape?


iye betul. itu mim alip mim alip kayyy.. i tak suka nasi kandar. bukan selera i. I selera asam pedas & kangkong aje


https://youtu.be/5wvdnTIYK0E?si=loIsZwzNkaNU6hNd
Quote Nizleen86 31-10-2023 02:59 PM
Dah mmg org tu menega dlm kedai non muslim. Org muslim bebai sgt pi carik nasi kandar dlm kedai non muslim ka? Biaq pi la dia nak buat nasik kandar ular sawa pun. Tak confuse tak keliru langsung aih.
Quote Nurul8001 31-10-2023 03:03 PM
kepompong replied at 31-10-2023 02:39 PM
iye betul. itu mim alip mim alip kayyy.. i tak suka nasi kandar. bukan selera i. I selera asam ped ...

Saya pernah makan nasi kandar sekali je. Tak minat.
Nasi Arab pun tak minat. Sebenarnya, nasi kenduri kahwin pun tak minat.

Saya minat nasi lemak.
Harap tak terbeli nasi lemak babi.
Nauzubillah hi min zalik
Quote asamfish 31-10-2023 03:22 PM
ini terjadi bila satu2 golongan merasakan masakan/resepi adalah hakmilik exclusive golongan tertentu sahaja....
Quote pooh~key 31-10-2023 03:30 PM
Nasi kandar tetek unta dekkkk….
IMG_6368.JPG
Quote eLiaD 31-10-2023 03:38 PM
korg nk tgk ke non Muslim ni membarbie kn semua menu mknan melayu kita klau tak di pantau..bongok!


RiP u can skip my comment..it's not haram
Quote I.K.A888990 31-10-2023 04:09 PM
lps ni buat nasi lemak bab1 pulak
ke dah ada

Lihat semua komen(124)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.040072 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top