CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kes Hadanah Anak-Anak Hafidz Roshdi Ditangguh, Shuhada Mohon Tambah Ibunya Dalam Hak Jagaan

31-10-2023 12:51 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 5736| Komen: 42|Original author: Saiful

Proses tuntutan hadanah antara Hafidz Roshdi dan bekas isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri masih belum selesai dan perlu ditangguh pada 23 Januari 2024.

Peguam Hafidz, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff berkata, keputusan itu dibuat selepas Shuhada memohon untuk meletakkan ibunya sebagai pihak tambahan dalam tuntutan hak penjagaan anak.


Foto: IG

"Pihak defendan (Shuhada) memohon untuk memasukkan ibunya, Wan Latipah Yusof sebagai pihak tambahan di dalam tuntutan hak penjagaan anak ini.

Permohonan itu baru sahaja diserahkan kepada pihak kami dan plaintif (Hafidz) akan meneliti terlebih dahulu sebelum membuat affidavit jawapan bagi permohonan tersebut.



Sebutan semula akan ditetapkan pada 23 Januari 2024,"katanya seperti dipetik di OhBulan.

Puteri Ummi juga memaklumkan bahawa pihak plaintif terbuka untuk melakukan perbincangan dengan pihak defendan membabitkan isu hak penjagaan anak.

"Bagi kes induk iaitu hak penjagaan penuh kami bersedia untuk joint custody di mana kita sama sekali tidak menafikan hak Shuhada sebagai seorang ibu dan hak Hafidz sebagai bapa untuk berjumpa anak-anak.



Pihak kami juga memohon hak jagaan interim bagi memudahkan urusan sebabnya nanti anak-anak perlu travel berjumpa dengan Hafidz.

Walau bagaimanapun kami bersedia untuk terima sebarang tawaran untuk selesai isu ini dengan cara baik."

Terdahulu, kes tuntutan hadanah membabitkan Hafidz Dan Shuhada terpaksa ditangguh selepas pelakon itu menarik semula persetujuan untuk memberikan hak penjagaan anak kepada bekas isterinya itu.



Untuk rekod, perkahwinan mereka mula dilanda badai selepas timbulnya dakwaan adanya orang ketiga yang mengganggu rumah tangga mereka.

Nurul Shuhada kemudiannya dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu.

Hafidz dan Shuhada kemudiannya disahkan bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 27 Julai lalu.

Imbas kembali, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Wek_omeh2 31-10-2023 12:53 PM
Kenapa nak kena letak mak dia pulak sbg tambahan.
Quote cruz2 31-10-2023 12:56 PM
Ke sbb mak dia yg byk jaga anak2 ni?
Quote edoraixora 31-10-2023 01:00 PM
hafiz yg tuntut, mesti shu ni banyak karenah sangat, tak bagi anak2 jumpa bapak dia
Quote naina 31-10-2023 01:49 PM
Aku kadang heran mak pak cerai ni sampai takda kebebasan nak jumpa anak. Anak sendiri kot kemain payah naik turun mahkamah kena ikut law tak boleh bermalam bagai..sangat melecehkan. Duduk bincang elok2 tak perlu pun melalui semua tu kalau ada kata sepakat. Bapak tu masalah skandal je bukan masalah dengan anak. Ko pun Shu dah kerja apa salah bagi bapak dia jaga smntara takda job berlakon. Dari kau menyusahkan maka bapak kau kat kampung tu lahtu sendiri merungut mak bapak terpaksa hulur jugak belanja cucu.
Quote Suchi 31-10-2023 02:20 PM
Lama tak nampak thread dia nih kalau tak hari2 ada, sebaris je komen dia kat socmed terus jadi thread bertingkat2
Quote Miawlover 31-10-2023 02:27 PM
Ltk ibu siap2 sbb rasa diri tak mampu jaga sepenuhnya ke?  
Quote Parit.Hilton 31-10-2023 02:34 PM
peliknya nak hak jaga anak tapi dok tambah nama nenek sekali.
nampak sangat la si shungai tu tinggal anak2 kat mak pak kat kampung nu.

bagi ja la bapak tu jaga. hang nak mendonia pakai seluar ketat, baju ketat, rantai keluarkan dari baju hang buat la.
Quote whadda 31-10-2023 02:43 PM
Faham sebab ofcourse dia akan ke hulu ke hilir cari nafkah untuk anak2 tapi meletakkan nama nenek skali macam tak kena je
Quote amyza 31-10-2023 02:50 PM
Betul lah tu, anak kalau susah mesti carik mak  minta tolong jagakan cucu. Nak amik maid, dia pun keje apa jer baru nak merasa pegang gaji. Struggle ibu tunggal, kesian. Laki² tau sedap jer cerai kawen lain, settle.
Quote anc_3 31-10-2023 02:58 PM
Rasanya betulla letak nama mak as official. Kalau dia ada kerja, nak ambil anak sekolah atau pergi mana2 bila nama nenek as 1 of penjaga dah tak de isu. Dia pun paham hafidz tu pelakon, kadang2 shooting luar kawasan, extended hours. Thats y letak nama ibu dia sbg langkah selamat.
Quote oklatu85 31-10-2023 03:03 PM
Tadi Ada I baca somewhere dkt insta.. cakap jkm lawat rumah shu.. adakah pihak Hafiz berkaitan abai Jaga anak
Quote Atata 31-10-2023 03:03 PM
Memang kalau ikut susunan hak jagaan anak mmg side ibu dulu kan, kalau ibu tu tak layak, dpt kat nenek sebelah ibu, then baru ayah
Quote kucingitam 31-10-2023 03:13 PM
Atata replied at 31-10-2023 03:03 PM
Memang kalau ikut susunan hak jagaan anak mmg side ibu dulu kan, kalau ibu tu tak layak, dpt kat nen ...

tak juga.. kawan aku dpt anak bongsu je sbb anak tu masih bf. 3 org anak lagi dpt kat laki dia sebab alasan membesar dgn mak laki dia...walaupun laki dia mmbiawak je...bila mak laki tu meninggal baru dpt kat dia..tu pun anak2 dah besar, dah habis skeolah.
Quote aqua_marine 31-10-2023 03:37 PM
Atata replied at 31-10-2023 03:03 PM
Memang kalau ikut susunan hak jagaan anak mmg side ibu dulu kan, kalau ibu tu tak layak, dpt kat nen ...


Ye betul.. tak salah letak nama nenek tu sebab memang ada dalam urutan hak penjagaan anak. N better letak sebab sekiranya Shu sbg mak perlu keluar bekerja, so nenek ada hak nak bawak anak ke sekolah ke, jejalan ke without pertikaian drpd pihak bekas suami..
Quote Chah21 31-10-2023 03:38 PM
Dik kak nk nasihat u skit.. jgn bebankn org tua dgn tanggungan kita.. x teringin ke tgok mak u bebas beribadah di usia emas.. dgar ckp peguam sama stay 1 negeri supaya bapak dia sng jlnkan tanggungjwab
Quote Kurex 31-10-2023 03:39 PM
Kebodohan seiring dengan fizikal
Quote aqua_marine 31-10-2023 03:40 PM
kucingitam replied at 31-10-2023 03:13 PM
tak juga.. kawan aku dpt anak bongsu je sbb anak tu masih bf. 3 org anak lagi dpt kat laki dia seb ...

Alasan "membesar dgn ibu belah lelaki" tu mungkin kuat bagi pihak hakim mengenepikan ibu kandung. So dalam kes Hafiz vs Shu, Hafiz kenalah buktikan yg dia adalah orang yg paling berkebajikan dalam menjaga sepenuhnya anak² dia..
Quote kucingitam 31-10-2023 03:46 PM
aqua_marine replied at 31-10-2023 03:40 PM
Alasan "membesar dgn ibu belah lelaki" tu mungkin kuat bagi pihak hakim mengenepikan ibu kandung.  ...

masalahnya, membesar as jaga waktu pergi kerja je... pasal kwn aku tu duduk serumah dgn ibu mertua.. tapi maybe sebab atas alasan tu juga la kan, tak boleh jaga anak sebab bekerja..
Quote ketupatnasi 31-10-2023 03:50 PM
kalau ikut susunan keutamaan, selepas ibu (jika ibu hilang hak), memang nenek sebelah ibu (dan ke atas) dulu baru bapak kan.

dia stdby sesiap tanak kena bash dgn ummah macam sam bunkface tuh. kemahen mintak hak jagaan, hujong2 nenek jaga

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.049440 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top