Rakyat Malaysia mula memboikot produk atau jenama yang menyokong negara haram pimpinan Bejamin Netanyahu sejak konflik antara Hamas dengan rejim zionis Israel kembali hangat. Tular baru-baru ini, satu notis yang dipercayai ditampal di sebuah restoran menyatakan dua minuman terkenal dan sebati dalam masyarakat Malaysia tidak lagi dijual di premis itu.
“Tiada penjualan minuman m*** dan n*****e di premis ini." Pemilik premis turut menegaskan bahawa mereka tidak lagi menjual apa sahaja produk daripada jenama besar yang menyalurkan dana kepada Israel. “Bermula hari ini kami tidak lagi menjual barangan keluaran N****e sebagai tanda membantah kekejaman Yahudi laknatullah dan perasaan simpati buat bumi Palestin. “Kami akan cuba gantikan barangan tersebut dengan jenama yang lebih sesuai. Kami memohon kemaafan buat semua pelanggan. “Insya-Allah kita cuba sekadar yang termampu,” tambah kenyataan di notis berkenaan. Pelayar X, Abudi Alsagoff yang berkongsikan notis tersebut turut bersetuju dengan tindakan pemilik restoran berkenaan. Mengambil Turkiye sebagai contoh, ujarnya negara terbabit menjadikan produk jenama tempatan sebagai keutamaan. “Tukar selagi boleh. Kat negara macam Turkiye mereka bergantung sepenuhnya kepada produk dan jenama tempatan,” ciapnya ringkas. Di ruangan komen, rata-rata warga maya memuji tindakan pemilik restoran tersebut. Malah dia dikatakan jujur kerana memaklumkan pelanggan tentang bahan mentah yang tidak akan digunakan di kedainya berbanding sesetengah peniaga lain yang menyajikan produk lain tetapi masih mengekalkan harga bagi jenama popular. "Bagus peniaga ni jujur. Ada sesetengah kedai tulis menu m***, jual dengan harga mahal tapi bancuh guna serbuk koko murah. "Mantap owner kedai! Yang memang sejak azali guna nama m*** tapi bancuh serbuk koko, kau tak payah nak acah naikkan notis macam ni juga ya. "Mantap tuan kedai... spill nama kedai tu, nak pergi sokong ni. "Restoran makanan segera memang senang aku nak boikot. N**** memang syarikat besar dan sukar jugalah nak laksanakan boikot sebab membesar dengannya, kita cuba," ujar beberapa warga maya. Tidak kurang juga yang mengambil peluang dengan mempromosikan produk-produk yang dihasilkan syarikat tempatan serta restoran anak watan. "Vico untuk hidup! Rumah aku memang tak beli m*** pun, beli apabila nak buat kek batik sahaja. "Masa untuk produk tempatan bersinar seperti oligo coco. "Marilah cuba, dalam erti kata lain boleh sokong produk tempatan pula," tambah segelintir netizen lagi. -CARI Sumber: mStar
|
Simunggu replied at 31-10-2023 02:08 PM
banyak tak boleh makan & minum mcm ni...
Decaffeinated replied at 31-10-2023 06:12 AM
Ada ja pekedai menipu kita order nescafe yang datang indocafe macam lah kita tak tau beza
Yang itu ...
Decaffeinated replied at 31-10-2023 02:12 PM
Ada ja pekedai menipu kita order nescafe yang datang indocafe macam lah kita tak tau beza
Yang itu ...
fatimahmarkonah replied at 31-10-2023 02:28 PM
Milo korang replace dgn ape ye boleh suggest?
Decaffeinated replied at 31-10-2023 02:12 PM
Ada ja pekedai menipu kita order nescafe yang datang indocafe macam lah kita tak tau beza
Yang itu ...
Decaffeinated replied at 31-10-2023 02:12 PM
Ada ja pekedai menipu kita order nescafe yang datang indocafe macam lah kita tak tau beza
Yang itu ...
fatimahmarkonah replied at 31-10-2023 02:28 PM
Milo korang replace dgn ape ye boleh suggest?
ADVERTISEMENT