CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kawan-Kawan Anak Cuba Mengurat Kerana Sangka Saya Kakak, Padahal Ibu"

31-10-2023 09:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5703| Komen: 77

Melaka: Seorang ibu, Nurmi Hidayah Othman memberitahu, "Memang ramai yang menyangka saya adalah kakak kepada dua anak lelaki, malah rakan anak juga pernah beberapa kali 'mengurat' saya, namun anak akan beritahu saya adalah ibu kandung mereka."


Nurmi Hidayah, 38, mendapat perhatian di TikTok selepas berkongsi video bersama anak, Muhammad Darwish Rayyan,14, dan Muhammad Danish Rafiq Mohd Razif, 15, serta netizen menyangka mereka adalah adik beradik atau sepupu.



Surirumah itu berkata, dia yang bertubuh kecil dan rendah sering dianggap kakak kepada dua anak kesayangan, malah ada juga yang tidak percaya yang dirinya sudah berkahwin dan mempunyai anak yang sudah menginjak remaja.

Pengalaman dan situasi lucu dilaluinya termasuk ketika mendaftar persekolahan anak serta pernah ditahan polis ketika sekatan jalan raya beberapa tahun lalu.



"Ketika mendaftarkan persekolahan anak, mereka beritahu saya yang ibu bapa perlu datang bukan kakak. Pernah juga rakan anak mengusik dan mengurat, malah mereka memanggil saya kakak. Apabila diberitahu perkara sebenar mereka terkejut.

"Dahulu anak malu juga bila ramai yang salah sangka dan ada yang meminta saya berpenampilan dan memakai tudung seperti 'mak cik' tetapi sekarang mereka sudah tidak kisah.

"Saya tidak berpenampilan seperti orang muda sangat cuma biasa saja mungkin kerana saya kecil dan rendah orangnya, malah berat saya sehingga kini 43 kilogram saja mungkin itu yang dilihat seperti hampir sebaya dengan anak," katanya.



Di TikTok, Nurmi Hidayah yang juga hos secara langsung berkata, video berkenaan hanya suka-suka mengikut trend semasa dan sebelum ini dia jarang berkongsi gambar anaknya di media sosial.

Katanya, pada mulanya netizen menyangka mereka adalah kakak dan adik atau sepupu serta sengaja mencari publisiti serta untuk kandungan TikToknya saja.

"Saya memang rapat dengan anak kerana kami hidup bertiga sejak berpisah dengan bekas suami, cuma sekarang anak sudah meningkat remaja jadi agak jarang mahu ikut saya keluar dan video itu untuk kenangan saja.

"Saya tidak pernah berbangga dengan usikan atau kata orang yang melihat saya muda hampir sebaya dengan anak dan saya akan mengaku mempunyai dua anak," katanya yang kini sudah berkahwin buat kali kedua. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 31-10-2023 09:54 AM
kaki sheols...wow! awet muda sgguh kak oi. hehehe. moga sihat2 jer terus ya.
Quote mamajawie 31-10-2023 10:44 AM
untung la youuuu..ingat lagi masa ada skali i balik rumah parents i..pastu ada kawan adik bgsu i mse tu i umo 25 adik i 12 boleh lak kwan dia panggil i makcik..yihhhh sabar je la
Quote otai_g 31-10-2023 10:46 AM
Da tua dressing n mekap mcm bdk2 remaja mmg la rmi yg tertipu
Quote dua_chzy 31-10-2023 10:48 AM
38? Huih, macam 22! Huntong la frame kecik kak, awet muda sungguh.

Macam makcik aiol, badan kecik cinonet. Dah 48 pun kalau dari belakang nampak macam baru 20an sebab kurus kecik.
Quote prince_marhaen 31-10-2023 10:58 AM
tu bukan pujian, biasa la bebudak baya-baya anak kau tengah horny macam kambing gurun...wan maimunah pun dia panggil kakak... jangan delulu sangat..nampak macam pedo pulak kau approved benda tu kelakar...
Quote shalalat 31-10-2023 11:15 AM
zoom in sket muka without filter. kalau betul takde wrinkles baru percaya. setakat baju mickey mouse n jeans tak cukup muda kak
Quote copy_paste 31-10-2023 11:18 AM
badan kecik pastu bmi ngam mmg la, ce kalau gemok, muda remaja pun nampak mcm makcik
Quote darkness 31-10-2023 11:26 AM
Kalau tgk pic tu mmg nmpk tua jugak
Quote grouper 31-10-2023 11:29 AM
Acik porum byk dah panas....jeles le tu
Quote gigahertz 31-10-2023 11:39 AM
dua_chzy replied at 31-10-2023 02:48 AM
38? Huih, macam 22! Huntong la frame kecik kak, awet muda sungguh.

Macam makcik aiol, badan kecik  ...

I punya taste mmg kecik2 mcm ni
Kalau peluk dari belakang mmg x boleh lari.
Quote MissVixen 31-10-2023 11:40 AM
Perempuan2 kecil molek memang nampak muda. Tambah kalau badan pun kurus. Yang tinggi, baru sekolah rendah pun, orang ingat dah masuk uni.
Quote airfilterkotor 31-10-2023 11:51 AM
Petite body terletak memang gitu la. Fun size oang kata.
Umor patploh pun takde rupa patploh.
Quote peko_lolo 31-10-2023 12:01 PM
Kenapa kaki die dua2 belah bersamaan dgn separuh dari sebelah kaki aku?
Quote ketambangkang 31-10-2023 12:01 PM
lagi satu jgn perasan la klu gi sek, cikgu2 cakap "laa mak ke, ingatkan kakak"

kitorg cikgu2 mmg saje je suka2 ckp mcm tu, bukan ikhlas pon sbnrnye
Quote kucingitam 31-10-2023 12:03 PM
awalnya dia beranak...huhu
Quote noor2 31-10-2023 12:04 PM
Dengki betul sesetengah org ek...bila tgk muka org muda dan badan comel..
Quote midori888 31-10-2023 12:12 PM
org kalu badan petite mmg slalu nampak muda...tapi dia pun muda lagi...baru 38 tahun...
Quote VespaSilbe 31-10-2023 12:14 PM
Badan dia cam badan kak mich
Quote matjerk 31-10-2023 12:37 PM
Dressing akak mcm muda remaja... tp klu close up muka n wajah.. tanpa filter.. maybe nampak 38

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.045397 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top