Astro Shaw akan menyalurkan RM1 dari setiap pembelian tiket filem Gemencheh Boys ke Akaun Amanah Kemanusian Rakyat Palestin bermula pada Isnin sebagai satu tanda sokongan. Penerbit Eksekutif Gemencheh Boys merangkap Naib Presiden Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata inisiatif sumbangan itu adalah tanda solidariti dan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin.
Pihak Astro Show berharap agar usaha yang ditunjukkan itu dapat mempamerkan kebersamaan seluruh masyarakat terhadap perjuangan Palestin. "Kami berharap pelaksanaan usaha ini dapat mempamerkan kebersamaan seluruh masyarakat terhadap perjuangan Palestin. "Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang terkesan di bumi Gaza,” katanya dalam kenyataan pada Isnin. Untuk rekod, Gemencheh Boys terbitan Astro Shaw bersama GV Corporate Advisory dan SOL Pictures telah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei sejak 26 Oktober lalu.
Filem tersebut adalah sebuah kisah enam budak 'jahanam’ sewaktu zaman persekolahan. Kenakalan mereka sering diperkatakan bukan sahaja di sekolah tetapi di kalangan penduduk kampung. Demi menjadikan mereka manusia berguna, Cikgu Azman berusaha membimbing dan mendorong mereka menyertai pasukan kriket sekolah, sekaligus mengubah kehidupan mereka. -CARI Sumber: mStar
|
buragazz replied at 31-10-2023 07:45 PM
Silap la.. patut cari dialek coach.. aku selaku org nismilan dan ofkoz berasal dari gemencheh klu sl ...
ketupatnasi replied at 31-10-2023 09:07 PM
Yo.. Moncheh, Dangi, Bukit Rokan tu pokek laie dialect eh. Bukan macam Somban ko Nilai ko...dah ca ...
ADVERTISEMENT