CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fazley Yaakob Sangkal Dakwaan Rumah Tangga Raf, Mawaf Bergolak

30-10-2023 10:37 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3006| Komen: 7

Tindakan Mawar Rashid memuat naik gambarnya yang tidak lagi berhijab menimbulkan spekulasi rumah tangganya dengan Raf Yaakob sedang bergolak.

Bagaimanapun, cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob menjelaskan bahawa rumah tangga adik kandungnya dalam keadaan baik-baik sahaja sekaligus menepis dakwaan berkenaan.



"Saya tahu tak ada pergolakan rumah tangga. Cuma saya tahu apabila Mawar buka tudung itu adalah pilihan peribadinya.

"Keluarga sentiasa menanti dan melihat. Saya tanya Raf bagaimana dan dia jawab semuanya baik-baik sahaja. Saya tahu dan saya juga yakin semuanya dalam keadaan baik.

"Sebenarnya tak ada apa pun, Raf juga akan bercerita apa sahaja kepada saya," katanya.


Ditanya mengenai keputusan Mawar membuka tudung, Fazley berkata dia yakin bahawa Mawar dan Raf sudah cukup dewasa semasa mengambil keputusan tersebut.

"Raf dan Mawar dah besar panjang dan saya telah menyatakan bahawa, abang long sentiasa menunggu jika kalian perlukan nasihat," ujarnya.

Pelantun lagu Asmara Ini juga mengambil pendekatan untuk tidak masuk campur dalam isu yang sedang melanda adik iparnya itu namun tetap mendoakan yang terbaik untuknya.

"Semenjak isu Mawar, saya tidak berjumpa dengannya dan saya memberikan dia ruang tapi sebagai abang long sudah tentu saya ada hubunginya. ‘Abang di belakang Mawar walau apa pun berlaku.’

"Saya pegang satu prinsip, kalau dalam sebuah keluarga itu sedang bergolak saya kurang senang untuk bercerita secara umum, tunggu dan lihat..dan berdoa dari jauh," katanya.


Sumber: Oh Bulan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maroon_nerd 30-10-2023 11:41 PM
Fazley pulak yang rajin menjawab soalan pasai laki bini ni. Dia jurucakap keluarga ke?
Quote slyfynx 30-10-2023 11:45 PM
Dapat kubayangkan die bercakap dengan senyum senget die tuh
Quote spy_caridotdot 30-10-2023 11:47 PM
Raf pulak sebagai apa? Apa function dia?
Quote ReginaGeorge 31-10-2023 05:19 AM
Adik dan ipar ko tgh kesempitan duit tu. Tolong la hulur2 sikit. BTW just wondering dia boikot starbuck tak? Yelah memberkan partner dgn syarikat gergasi tu..
Quote Atata 31-10-2023 05:39 AM
slyfynx replied at 30-10-2023 11:45 PM
Dapat kubayangkan die bercakap dengan senyum senget die tuh

Quote Olumis 31-10-2023 09:01 PM
Dah kenapa tukar kerjaya jd jurucakap mawar n raf pula
Quote rosevelvet 31-10-2023 09:45 PM
Saya pegang satu prinsip, kalau dalam sebuah keluarga itu sedang bergolak saya kurang senang untuk bercerita secara umum, tunggu dan lihat..dan berdoa dari jauh," katanya.

Sebenarnya mmg ada pergolakan ke? Mula2 xnk ngaku ujung2 mengaku

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.075765 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top