PETALING JAYA – Bidaan jam berjenama Rolex milik Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, kini mencecah RM110,000. Menerusi ruangan komen pada satu hantaran beliau di Facebook, nilai bidaan tertinggi itu adalah jumlah yang dicatatkan setakat pukul 3.29 petang ini.
“Makluman terkini jam 3.29 petang, 30 Oktober 2023. Bidaan tertinggi adalah sebanyak RM 110,000.00,” katanya. Terdahulu bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu bertindak membuka bidaan jam Rolex pemberian Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebanyak RM40,000, hari ini. Hasil bidaan itu katanya, akan disalurkan sepenuhnya kepada kebajikan rakyat Palestin. “Harga tapak RM40,000. Kenaikan bermula RM100 ke atas. “Bidaan akan ditutup pada 31 Oktober 2023 jam 12.00 tengah malam,” katanya. –CARI Sumber: Kosmo
|
wirazam replied at 30-10-2023 10:54 AM
Org miskin melarat kat Malaysia dah takde ye...just asking ye
Kitty_catz replied at 31-10-2023 08:56 AM
DJ two tone ke tu? 41mm?
retail price RM57,600
midori888 replied at 31-10-2023 08:59 AM
org bid tinggi sbb nak derma kat Gaza kot...
hantulaksa replied at 30-10-2023 11:05 PM
bodoh betul la komen2 korang ni. kesusahan rakyat palestin skrg x blh sama sekali dibandingkan dgn k ...
MisXoXo replied at 31-10-2023 07:43 AM
A ah..komen apa kowang tulis ni.ntah2 bantuan dia beri kt org kt msia ni lebih banyak dan lebih Tuha ...
MarryPottet replied at 2-11-2023 10:08 AM
Ya betul
Sesusah rakyat tempatan, susah lagi penderitaan yg ditanggung oleh rakyat Palestin sejak ...
ADVERTISEMENT