CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lan Dan Syura Dah Bersedia Nak Turun Naik Mahkamah Lawan Siti Nordiana

30-10-2023 06:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12778| Komen: 99

Lan Solo dan Syura dah bersedia untuk turun naik mahkamah berdepan perbicaraan panjang kes saman fitnah difailkan oleh Siti Nordiana.

Lan akan memberikan kerjasama yang baik dan mengikut saranan peguam dilantik bagi menguruskan kes berkenaan.



Foto: mStar

"Kalau itu yang terbaik, saya hanya ikut saranan.

"InsyaAllah kita akan beri kerjasama yang baik dari segi pengurusan masa," katanya kepada mStar.

Ditanya adakah kes berkenaan memberi kesan kepada kariernya, Lan enggan mengulas berkenaan perkara itu.

"Yang itu (beri kesan kepada karier) kena tanya peguam saya," tambahnya.

Sementara itu, Syura atau Zuraidah Badron, 37, pula berkata dia hanya mengikut apa sahaja tindakan yang terbaik walaupun memerlukan satu tempoh yang panjang.

"Kita hanya mengikut apa yang terbaik. Kita pun dah ada peguam. Jadi mereka lebih profesional untuk tahu apa yang lebih baik untuk kami.


“Setakat ini, saya ikut sahaja flow. Tiada masalah,” ujarnya.

Untuk rekod, kes yang melibatkan Lan Solo, Syura dan tiga yang lain telah bermula pada 3 Ogos 2021 apabila Siti Nordiana menfailkan saman fitnah terhadap mereka.

Kes tersebut pada awalnya dibicarakan di Mahkamah Sesyen namun telah dipindah dan dimulakan semula di Mahkamah Tinggi atas arahan hakim.

Siti Nordiana atau Nana memfailkan saman sebanyak RM2.5 juta itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai 2021 di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur dengan menamakan Lan Solo, 36, isterinya Nur Sheila dan Syura, 35, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 42.

Dalam saman tersebut, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai 2021. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote oggy 30-10-2023 06:40 PM
Lamanya tak settle2
Quote minahmanja 30-10-2023 06:41 PM
Moga2 kemenangan berpihak pada nana..
Quote nylliette 30-10-2023 06:44 PM
kemain ek depa yg mengata org, depa yg sedia nk lawan. kes mcm ni pun lamaa nya nak settle haih
Quote I.K.A888990 30-10-2023 06:47 PM
kira acah terpaling bagus punya org lah ni
Quote emera 30-10-2023 06:55 PM
Dua ekor makhluk yg sgt jahat. Dia mengata publicly, dia jugak yg berkeras nk kata mengumpat publicly tu betul. Semoga korg akan dimalukan dgn perkara yg korg x jangka dlm masa terdekat. Bangkai!!!!
Quote ReginaGeorge 30-10-2023 07:06 PM
Inilah rupa ibu bapa yang gagal menunjukkan contoh yg baik kepada anak2. Kalau nak mengumpat, mengumpat belakang tabir. Bukan dalam live. Korang ingat 4 5 ketui mata memandang? Tak terfikir ka dalam live tu ada musuh sendiri. Persngai beruk jgn turunkan kat anak2 ya.. yalah dah muka anak2 pun erm… tak berani nak sebut.
Quote shroom 30-10-2023 07:21 PM
Jenis manusia yg xnmpak salah sendiri.. semoga nana menang kes
Quote princessmiang 30-10-2023 07:48 PM
Semoga kalah. Dasar muka amazon dan bibir selipar
Quote rarageng 30-10-2023 08:38 PM
Terpaling bagus sgt...dua2 pun dh sendu skrg...
Quote Sachacha 30-10-2023 08:47 PM
Terserlah aura negatif  kat 2 ekor makhluk tagune ni..
Quote teen_angelJB 30-10-2023 08:48 PM
Kereknye statement mamat ni..
Semoga kalah teruk.. Teruk... Teruk...
Quote Cyempaka 30-10-2023 08:50 PM
Jahat, bodo dan ego. Mereput la kau dua
Quote 3chanceno 30-10-2023 08:51 PM
Baguslah kalau dah bersedia...bersedia bukan je dari segi nak turun naik mahkamah, tapi jugak $ jugak  

Semuga meols tak ketemu orang2 cam gini
Quote Zezo 30-10-2023 08:55 PM
Kasihan. Bodoh tak boleh bawa bincang.
Quote cupu 30-10-2023 08:56 PM
Mmg akan kalah la..Jelas dan nyata kprang sedang mengata kan..Cth kes influencer kedah yg body shamming tu. Klu dh terang jelas mcm tu korang tunggu masa jela...Jahat.
Quote sayang 30-10-2023 09:27 PM
sorry dua ekor ni aku mmg cancelled dah.
Quote katak hijau 30-10-2023 09:29 PM
Dah kaya kan..boleh la banyak bunyi..
Sblm ni diam menikus. Kaya pun hasil jual brg harga yahudi
Quote BoongaKertas 30-10-2023 09:43 PM
lah, org tanya pasal impak kes ni on ur career. dah kenapa nak suh tanya lawyer kome yach? depa yg manage karier chuols ke now?
Quote annadonna 30-10-2023 10:03 PM
Sanggup turun naik mahkamah drpd minta maaf. Sombong punya manusia.

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.115474 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top