CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Lagi Subsidi Ayam Bermula Rabu Ini

30-10-2023 12:56 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6509| Komen: 100

Petaling Jaya: Subsidi dan kawalan harga bagi ayam akan ditamatkan sepenuhnya bermula pada 1 November ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu bagaimanapun berkata, subsidi serta kawalan harga bagi telur ayam gred A,B dan C akan diteruskan menggunakan mekanisme sedia ada.


Gambar hiasan

Menurutnya, sejak Februari tahun lalu, kerajaan menanggung RM3.8 bilion untuk subsidi telur dan ayam.

“Rasional penamatan subsidi secara pukal bagi ayam adalah untuk mengurangkan ketirisan subsidi di mana pada ketika ini yang turut dinikmati oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.

“Penamatan subsidi ayam ini telah mengambil kira situasi dan trend semasa bekalan serta harga ladang dan kos pengeluaran ayam telah mula stabil, yang menyumbang kepada harga pasaran semasa kini berada di bawah harga siling.


“Dalam hal ini, Kerajaan akan memastikan harga jualan bagi ayam yang akan diapungkan terus berada pada kadar yang munasabah,”katanya.


Sumber: Kosmo! Online



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 30-10-2023 01:19 PM
Jd skrg ayam sekilo rm17 lah ek
Quote Samerosie 30-10-2023 01:30 PM
Penamatan subsidi ayam ini telah mengambil kira situasi dan trend semasa bekalan serta harga ladang dan kos pengeluaran ayam telah mula stabil, yang menyumbang kepada harga pasaran semasa kini berada di bawah harga siling.
____________________________
Kat pasar dengkil mmg rega siling dia charge rm9.40 sekilo.  Baru top up hari sabtu 2 ekor, dlm freezer ada lagi sekor setengah (usually suruh potong 6 then i pack individually).
Quote menjad 30-10-2023 01:44 PM
kita tengok jer lah harga nya nanti
Quote Simunggu 30-10-2023 02:40 PM
ayam kg. air?

no komen 50 ringgit sadja..sana kamu di kg air
Quote Skuau 30-10-2023 02:47 PM
Xde masalah Pak Menteri...Hang Berkuasa tentukannya sekarang...MEGI AYAM ada...kiub ayam ada...AYAM SEGAR BUGAR pon ada....
Quote Belibis 30-10-2023 02:59 PM
Pejuang rakyat kununnya...lagi jilaker dari jibi.[em:3:]
Quote honam 30-10-2023 03:08 PM
byk mana sgt la dapat jimat subsidi tu?
Quote Orix 30-10-2023 03:13 PM
hahahaha sapaa masih sokong n percaya bangnon n konco2 nya mmg bodoh terpaling
Quote kakikuDibibirmu 30-10-2023 03:14 PM
Ayam Vietnam jah harga kekal mampu milik, RM300 sejam jah, tak ngam kalu boleh tukar
Quote kucingitam 30-10-2023 03:16 PM
honam replied at 30-10-2023 03:08 PM
byk mana sgt la dapat jimat subsidi tu?

3.8 biliyun katanya di atas..
Quote tokchik 30-10-2023 03:24 PM
makan berasaskan ayam akan mencanak naik
Quote Samerosie 30-10-2023 03:25 PM
Orix replied at 30-10-2023 03:13 PM
hahahaha sapaa masih sokong n percaya bangnon n konco2 nya mmg bodoh terpaling

Tak payahlah nak cakap bangnon ke bangkok ke bangku ke, hakikatnya rega ayam siling pun dah mahal zaman mahiadin dgn sabri samapi RM10 sekilo, telur pun tak jumpa.  Esok2 kalau tak tarik subsidi korang jugak yg meroyan PATI duk sapu semua, sekarang bila gomen nak buat something, korang jg yg meroyan.  Kalau tak mampu RM9.40 sekilo, cari lah yg ayam yg kurang dari sekilo.  Tak pun tunggu je rosyam mart ke mydin ke lotus ke announce jual ayam bulat RM1.50 seekor.
Quote pearl.silver 30-10-2023 03:33 PM
Balik2 alasan nk atasi ketirisan subsidi pd org xlayak

Kerajaan gagal total
Quote kelapaparut 30-10-2023 03:36 PM
nak mkn daging ape yg murah ye.. kite beralih ke babi la kot
Quote Orix 30-10-2023 03:36 PM
Samerosie replied at 30-10-2023 03:25 PM
Tak payahlah nak cakap bangnon ke bangkok ke bangku ke, hakikatnya rega ayam siling pun dah mahal  ...

org ckap psal bangnon sebab dulu dia duk gebang pasal nak turun harga itu harga ini.... ujong2 bila ada kuasa,ringgit yg turun, harga beras harga ayam yg naik.... kowserrrrrrrr....at least abahcow tu ada gebang pasal nk turunkan harga itu ini ke ???

iols x makan ayam sgat pun.. prefer daging lg, so why bother jah pun... iols ckap atas kapasiti janji2 palsu bangnon cakap lebih bila ada kuasa mcm nakharom, kerja nak huru hara kan org je utk diri dpt kuasa, bila ada kuasa tahupun x mampu nak kawal itu ini....

2ndly, bab subsidi tu boleh je guna kupon mcm negara2 lain utk membeli supaya warga asing x terima harga subsidi... bila ada masalah, cuba cari idea bukan terus potong subsidi... kesian pd org2 lain
Quote ctaz 30-10-2023 03:39 PM
kalau dulu ada lagi arwah si pakar ekonomi dgn arwah bakal PM yg kalau jadi PM semua benda harga akan turun...mesti tak der jadi mcm ni...
Quote vespa_oren 30-10-2023 03:46 PM
tempat aku ayam 14+ sekilo
ikan kegemaran aku rm17sekilo
ikan org rumah aku selayang rm8sekilo
tpi sejak kedai ayam segar tempat aku tutup
mcm x lalu aku makan ayam, nk muntah
Quote kitaserupaaa 30-10-2023 03:47 PM
Edited by kitaserupaaa at 30-10-2023 04:00 PM

Agaknye berapa harga seketul ayam goreng kat kedai mkn naik nnt?
Quote Mamidingdong 30-10-2023 03:51 PM
Lepas ni ada menteri cakap jangan makan ayam kalau mahal, makan kangkung je la, kangkung pon sub tanam sendirik

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.042650 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top