CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Burnout! Suami Tergamak Lempar Lauk Ke Lantai Sebab Tak Selera Makan Masakan Dipanaskan

30-10-2023 09:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7875| Komen: 123

Seorang suami tergamak mencampak makanan yang dhidangkan ke lantai gara-gara isterinya menghidangkan lauk yang dipanaskan semula.

"Cakap tentang lauk perangat (panaskan semula) semalam atau kelmarin punya, percaya tak ada famili yang pantang ni. Pernah ada yang bercerita tentang beban dirasa sampai asyik bergaduh dan jejaskan rumah tangga, bergaduh sebab lauk semalam.


"Awal berumahtangga dia boleh uruskan lagi. Belum ada anak. Sabtu dan Ahad, dia sediakan bahan-bahan masak. Hari bekerja, dia cepat-cepat memasak. Tapi masuk tahun keenam, dengan tiga orang anak, dia tak boleh tahan. Dia buat lauk awal dan frozen kan... mengamuk suami dia.

"Bayangkan pagi-pagi kena siapkan sarapan dan keperluan anak-anak ke sekolah dan nursery. Bergaduh besar sebab lauk frozen. Suami dia balik rumah mak ayah. Dia menangis kat dapur, bersihkan lauk yang suami dia campak ke lantai," kata peguam syariah dan sivil, Kheyr Hameed.


Gambar Hiasan


Menurut peguam itu lagi, dia diberitahu tabiat suami kepada wanita berkenaan yang enggan memakan makanan dipanaskan bermula daripada mentuanya.

"Lauk mesti sekali masak, sekali hadap habiskan dan makan sama-sama satu keluarga. Tiada simpan-simpan untuk ahli keluarga yang tak ada atau lambat makan.

"Wanita dalam cerita ni sangat lemah lembut orangnya dan penyabar. Kalau saya, umur 30an lagi... memang berpencak silat juga tu dapat suami yang main campak-campak makanan. Saya campakkan je cili padi kisar dekat suami macam tu," katanya.

Bersimpati dengan nasib wanita berkenaan, dia menasihatkan agar segera mendapatkan khidmat kaunseling.

Namun cubaan untuk mengajak si suami bagi mengikuti sesi kaunseling bersama ternyata gagal.

"Orang lelaki jarang nak pergi kaunseling. Ego apa entah mereka ni. Akhirnya, saya cadangkan ambillah pembantu harian untuk bantu siapkan bahan masakan je.

"Atau upah sesiapa dekat dengan rumah untuk bantu siapkan bahan. Balik rumah dia cuma perlu campak-campak je.

"Berkesan atau tak? Wallahualam. Lama aku lost contact dengan dia. Apabila perangat lauk semalam, teringat cerita dia," katanya mengakhiri kisah yang diceritakan.

Hantaran dibuat meraih perhatian netizen yang bersimpati dengan apa telah berlaku kepada wanita ini.

Ternyata ramai dalam kalangan isteri menceritakan pengalaman berdepan situasi hampir sama dengan sikap suami sedemikian.

"Macam saya, suami tak nak makan lauk berulang-ulang. Dia pandai pergi beli je apa dia nak. Kadang-kadang dia makan lauk perangat. Tengok pada selera dia.

"Suami saya pun spesis tak boleh perangat lauk. Tapi bukan sebab didikan mak ayah. Tapi trauma sebab masa kecil dulu mak dia panaskan lauk basi.

"Banyak sikap orang lama jadi budaya macam ni. Bercanggah dengan sunah untuk tidak membazir," komen beberapa netizen pada hantaran asal. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 30-10-2023 09:42 AM
bg aku la kan, diri sendiri tu patut sedar diri, kalau kekwat huk aloh mcm ni, please la jg susahkan org, kalau rasa tak boleh makan lauk perangat, sila masak sendiri jgn susahkan bini/adik/sedara lain hanya disebabkan ko sorg kekwat. sendiri haprak, see dlm cerita ni maid pon tak mampu nak kasi kat bini ehhh ko ada hati pulak nak lauk fresh2 setiap masa. yg ada sorg ni aku kenal, dah la loser, kerja pon tak tetap sekejap kerja sekejap tak, anak pon 3 juga, sejenis tak makan lauk murah, udang kecik, ikan murah ni tak nak makan, nak makan at least udang putih saiz xl, nak ketam, ikan mahal2 hanjinggggg betul lahhhhhhh... babi...
Quote lolipopmanish 30-10-2023 09:45 AM
Dah la byk songeh , lagi tak tlg bini tu uruskan anak2
Laki jenis ape lah ko ni
Quote cikatilia 30-10-2023 09:45 AM
kalau dah laki bini kerja.. balik sama2 malam tiba2 bini huru hara buat semua yg dia nya dok guling depan tv.. bangun makan siap pinggan seketol pon xnak cuci.. elok nya duduk aje dgn mak sendiri xyah menyusahkan anak org lain..
ko kawin bukan hire babu.... plak tu anak berderet....
Quote midori888 30-10-2023 09:49 AM
patut campak balik lauk tu kat muka laki dia...
Quote pinkpunk 30-10-2023 10:46 AM
senang jadi org laki.. siapkan telo je
Quote BoongaKertas 30-10-2023 11:27 AM
meols perasan lelaki melayu mostly mmg dididik mcm ni. yg dia sediakan hanya lah telornya. sian wife tu. nak buat mcm mana, pengaruh budaya kita dari zmn tok kaduk yg terlalu "mendewakan" suami. yih.
Quote lil_honey 30-10-2023 11:50 AM
salah ke lauk perangat?
Quote d_anne04 30-10-2023 11:55 AM
kesiannya...laki macam ni mmg patut dipulangkan semula ke kilang asal
Quote kucingitam 30-10-2023 12:03 PM
aku ada sorang kawan... kitorang kawan2 dia mmg x berkenan dgn laki dia sgt, jenis kuat komplen kalau dia masak..yg kawan aku tu pulak lurus sikit..satu hari dia tanya aku caner nak masak sambail ikan masin.. so aku ajar. bila dia masak, laki dia bebel2 kata mana ada org masak sambal ikan masin.  member aku bgtau la aku yg ajar, dah dia kata aku ajar sesat..yih..terus laki dia buang lauk tu.. aku yg dgr geram je...sampai skrg kalau jumpa besor kecik je aku tgk laki dia.
Quote prettyuglybabe 30-10-2023 12:04 PM
itu bukan laki tapi babi..
Quote myakayina 30-10-2023 12:05 PM
merana jiwa raga dpt laki mcm ni..
Quote Gingerly 30-10-2023 12:07 PM
Ini terbalik dgn aku. Lauk tak boleh lebih 12 jam, kalau simpan dlm fridge pun tak ada mood nk reheat. Suami suka simpan2 dan suruh reheat. Aku discard, terus campak ke dlm tong sampah. Masak meal baru utk dia. Dia garu kepala
Quote Ahgerbitch 30-10-2023 12:09 PM
Laki mcn ni mmg dasar anjirrrr…kalo kaya..order jer laa grab..set delivery time..sampai rmh kutip food and makan…ni mesti species miskin,,acah2 kaya tk nk makan lauk perhangat…
Quote copy_paste 30-10-2023 12:26 PM
kalau aku selagi elok aku perangat blk, kalau buang je membazir kot,
kata barang makanan mahal tapi buang2,
ini terjadi bukan pada org kaya je,yg x kaya pun sama
Quote copy_paste 30-10-2023 12:27 PM
Gingerly replied at 30-10-2023 12:07 PM
Ini terbalik dgn aku. Lauk tak boleh lebih 12 jam, kalau simpan dlm fridge pun tak ada mood nk rehea ...

sbb dia xnk membazir,sama mcm aku la, xnk membazir,rela aku makan lauk semalam,lauk hari ni bg anak2 makan.
Quote copy_paste 30-10-2023 12:29 PM

x salah,tp mmg ada budaya mcm tu,sekali makan pastu buang...
org kaya boleh la mcm tu,
Quote Gingerly 30-10-2023 12:39 PM
copy_paste replied at 30-10-2023 12:27 PM
sbb dia xnk membazir,sama mcm aku la, xnk membazir,rela aku makan lauk semalam,lauk hari ni bg ana ...

Itewlah. Aku akui isu dalaman ku ini. Concern ttg rasa, tekstur, susut nilai nutrisi makanan yg dipanas semula..
Quote fair_iza 30-10-2023 12:46 PM
Pengajaran lh kat perempuan2 blm kawin. Tanya betul2 bakal suami/bf, apa yg dia expect dr isteri. Mmg nk kena masak hr2 ke? Underwear kena iron ke? Boleh ambil maid ke? Nilai diri sendiri mampu x jd isteri spt yg diharapkan. Kalau x mampu, x perlu proceed kawin. Perkara2 mcm ni boleh jd nanah dlm rumahtangga.
Quote Dysania@72 30-10-2023 12:48 PM
meluat ngan jantan haprak camni. siler meninggal

Lihat semua komen(123)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.104400 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top