Petaling Jaya: Dataran Tanjung Mas yang menjadi tempat perhimpunan kanak-kanak dan remaja yang ingin menunjukkan solidariti bersama Palestin kini tidak boleh diakses lagi. Perkembangan tersebut dikongsikan oleh @cikguzyd di laman TikToknya, semalam.
Bagaimanapun, menurut guru yang juga seorang penstrim kandungan itu, kehilangan ‘server’ tersebut tidak sekali-kali akan mematahkan semangat mereka. “Kami akan bangkit dan buat semula, doakan kami,” kata @cikguzyd di ruangan komen. Turut bersedih dengan kehilangan ‘server’ Dataran Tanjung Mas, orang ramai mula memberikan kata-kata semangat dan meminta agar guru tersebut tidak mudah patah semangat. “Jangan putus asa cikgu. Kami rakyat Malaysia sentiasa sokong demi Palestin,” kata seorang pengguna. “Patutlah anak saya cari berkali-kali. Walaupun saya dah cakap, Dataran Tanjung Mas sudah tiada lagi, tapi anak masih lagi mencari-cari,” kata Faizal.
“Kalau ada yang masih ingin mencuba, boleh pergi ke Google dan taip Dataran Tanjung Mas Roblox. Cuba masuk dari situ, mungkin berjaya,” kata Syed. Sumber: Kosmo! Online |
ADVERTISEMENT