CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sukar Tidur Rupanya Ada Labah-Labah Merayap Dalam Telinga

28-10-2023 01:21 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2450| Komen: 2

Taipei: Akibat sukar tidur, seorang wanita ke klinik bagi menjalani pemeriksaan sebelum doktor menemui seekor labah-labah merayap di dalam telinganya.

Portal news.sky. com melaporkan, wanita berusia 64 tahun itu nekad berjumpa doktor selepas berasa ada pergerakan di telinga kirinya selama beberapa malam pada April, diikuti dengan bunyi klik dan berdesir.


Hasil pemeriksaan lanjut, doktor mendapati seekor labah-labah kecil bergerak di sekitar saluran telinganya.

LABAH-LABAH ditemui dalam telinga wanita. FOTO Agensi

Haiwan itu dipercayai membuang rangka luarnya atau dikenali sebagai penutup badannya yang keras dalam telinganya.

Pengarah Jabatan Otolaryngologi di Hospital Perbandaran Tainan, Dr Tengchin Wang memberitahu rangkaian rakan kongsi Sky News AS, doktor NBC News menggunakan tiub untuk menyedut keluar labah-labah dan eksoskeleton.


Dia menambah wanita itu tidak berasa sakit kerana labah-labah itu sangat kecil dengan saiz kira-kira dua hingga tiga milimeter (mm).

Oleh kerana ia adalah kes pertama yang dilihatnya membabitkan serangga yang berkulit di dalam telinga manusia, Dr Wang menulis laporan kes dalam New England Journal of Medicine.

Dr Wang juga menasihatkan orang ramai untuk menjalani pemeriksaan jika mereka mempunyai simptom yang sama.

Sementara itu, pakar perubatan ENT (Telinga, Hidung dan Tekak) Sinus dan Alahan di South Florida, Dr David Kasle, berkata imej serangga itu daripada laporan Dr Wang adalah luar biasa dan mengganggu.

Katanya, rata-rata pakar ENT akan melihat puluhan jika tidak lebih, pepijat atau sejenis arthropod di telinga pesakit sepanjang kerjaya mereka.

"Terdapat lapisan kulit sangat sensitif dan nipis yang melapisi saluran telinga dipanggil saluran pendengaran luaran."

"Oleh kerana sensitivitinya, anda pasti akan merasai seolah-olah ada merangkak dsn menggelitik yang hampir tidak tertanggung," katanya.

Dalam laporan baharu itu, Dr Wang mengesyorkan menggunakan 'lidocaine' atau 'etanol' untuk membunuh serangga yang lebih besar, menghalang mereka daripada bergerak dan merosakkan telinga.

Bagaimanapun, kaedah itu harus dielakkan jika gegendang telinga mempunyai lubang di dalamnya yang mungkin sukar untuk ditentukan sendiri.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 28-10-2023 06:07 PM
Kena sentiasa jaga kebersihan di tempat tidur

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.027098 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top