Kuala Lumpur: Seorang wanita yang dilaporkan hilang oleh keluarganya, ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta di kawasan tempat letak kereta di Restoran Jejantas Sungai Buloh, arah utara, dekat sini, pagi tadi.
Polis menerima laporan berhubung penemuan seorang wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kereta melalui panggilan MERS999 kira-kira jam 10.50 pagi. Seorang wanita ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta di Restoran Jejantas Sungai Buloh arah utara, pagi tadi. - Foto NSTP/Ihsan Polis Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata pasukan dari Balai Polis Kota Damansara digerakkan untuk pemeriksaan dan anggota polis mendapati seorang wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta berkunci. "Mangsa warganegara tempatan berumur 30 tahun dilaporkan hilang dari kediaman di Taman Kepong, Kuala Lumpur. Laporan dibuat oleh keluarganya kelmarin," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohamad Fakhrudin berkata, polis menjumpai satu periuk berisi arang yang sudah dibakar di dalam kereta terbabit. Katanya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. Beliau berkata, individu yang maklumat mengenai kejadian atau mengenali mangsa, diminta tampil menbantu siasatan polis dengan menghubungi Balai Polis Kota Damansara di talian 03-61421222. Sumber: BH Online |
Buritan replied at 27-10-2023 09:40 PM
Emm bunuh diri.. siannyaa
Skuau replied at 27-10-2023 10:00 PM
mana tau dok orng buat cam dia bunuh diri..(bnyk nengok citer CSI)
Lily_Elizabeth_: Kereta mahal tu?.Kepong banyak Cer tinggal.Hutang maybe.Muda lagi.Kat Palestine dan pesakit kanser susah payah mahu hidup...
gigahertz replied at 27-10-2023 11:30 PM
Cina la tu. Kepong tu kubu kuat DAP.
last i dengar kes mcam ni guru tadika. bunuh diri macam ni ju ...
Lily_Elizabeth_ replied at 27-10-2023 11:40 PM
Tak sayang nyawa. Rugi betul.
Cerita lain: pasal bangsa Cer ni, smlm dalam mrt, ada satu family b ...
Skuau replied at 27-10-2023 10:00 PM
mana tau dok orng buat cam dia bunuh diri..(bnyk nengok citer CSI)
Lily_Elizabeth_ replied at 27-10-2023 03:40 PM
Tak sayang nyawa. Rugi betul.
Cerita lain: pasal bangsa Cer ni, smlm dalam mrt, ada satu family b ...
ADVERTISEMENT