CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Perlekeh Anak Hanya Hadiahkan Kereta Axia "Nak Bawa Jalan Jauh Tak Sedap La, Patut Jadi Kereta Kedua Je"

27-10-2023 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7728| Komen: 123

Seorang anak membeli sebuah kereta model Perodua Axia hasil titik peluhnya namun kecewa dengan kata-kata ibunya yang seolah-olah memperkecilkan pemberian tersebut.

"Saya baru beli kereta pertama, Axia dan saya beri kepada ibu bapa untuk guna kereta tu. Berbual dalam telefon dengan ibu minggu lepas.



Gambar Hiasan

"Macam biasa borak-borak. Kemudian perbualan menjurus kepada, ibu saya cakap, ada seorang kawan dia ni beritahu 'kenapa beli Axia... nak bawa jalan jauh tak sedap la'

"Macam-macamlah dia punya complain tu. Dia (kawan ibu) cakap Axia patut jadi kereta kedua dan additional je."

Tambah individu tersebut, walaupun kata-kata berkenaan bukanlah diluahkan daripada mulut ibunya, namun apa yang membuatkan dirinya terasa apabila wanita itu seolah-olah mengiyakan apa yang diperkatakan oleh rakannya.

"Saya tamatkan panggilan macam tu je sebab takut terkeluar benda yang tak sepatutnya.


"Dah seminggu tapi saya masih ingat. Kalau seorang ibu boleh terasa dengan anak dia, salah ke kalau seorang anak terasa dengan ibu dia?"luahnya lagi di laman X.

Menjengah ruangan komen pula, rata-rata netizen memberikan reaksi bercampur dengan ada antara mereka yang menyelar tindakan rakan kepada ibu individu berkenaan.

"Dear anon.Kau buat bodoh je dengan statement orang tu... bukan dia bayar duit bulan bulan kat bank tu.

"Selalunya orang yang condemn banyak dan bagi speech hate macam ni sebenarnya dia jealous dengan orang tu. Mungkin makcik tu jealous sebab anak dia tak bagi kereta dekat dia," komen netizen.

Dalam pada itu, ada yang berpandangan individu berkenaan tidak perlu mengambil serius dan tidak perlu berkecil hati dengan kata-kata ibunya.

"Orang tua ni kadang biasalah, dengar sangat cakap orang. Dia mungkin risau kereta tu cepat rosak ke atau tak tahan lama. Explain je balik kenapa Axia best jadi dia boleh cerita pulak dekat orang lain nanti.

"Kamu boleh berterus terang dengan ibu kamu. Kadang-kadang mak mak ni dia direct thinking. Kalau tak address dia tak tahu. Biasalah makcik-makcik bawang suka terpaling," demikian komen netizen. -CARI

Sumber: mStar 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 27-10-2023 02:59 PM
toxic tul kawan mak dia tu...
Quote cikatilia 27-10-2023 03:27 PM
axia pon kereta.. bukan murah pon... duhh
dasar mulut puaka kawan omak nya
Quote myhairisbad 27-10-2023 03:36 PM
Jauh tu jauh yg mcm mana?? Nak jalan jauh tu mcm2 cara bole pakai.. bas bole, flight bole, upah org drive pun bole. Buat apa susah2 drive, klu ada kudrat takpe la jg. Yg penting tiap2 bulan anak acik jg yg bayarkan loan, syukur..
Quote green~tea 27-10-2023 03:39 PM
Axia full spec dekat 50k ok.. tang mana murah nya.. mak dia level apa yang nak perlekeh2 pemberian orang???

Kalo tak suka, pesan je la kat anak tu, toksah duk bg hadiah kalo memalukan mak...  kan senang.. boleh convert hadiah jadi duit gi travel ke, handbag ke, makan2 sedap ke...
Quote plywood 27-10-2023 03:40 PM
Edited by plywood at 27-10-2023 03:41 PM

ibunya itu golongan kurang educated tapi ada ego dan nafsu yang besar, tapi tak sedar diri miskin... jadi mcm tulah. dah orang bagi, maka patut ambiklah...

penilaian-penilaian lain itu cuma kekurangan hasil dari kata-kata sekeliling. sepatutnya dia ignore jer cakap orang yg tak berguna langsung kpd kehidupan dia dan menjadi toxic kepada fikiran...

dia patut mulai appreciate kehidupan sendiri dengan kemampuan sebenar diri.. itulah kebahagian sebenar
Quote selipar_hijau 27-10-2023 03:41 PM
sialnye kawan mak dia tu
Quote anony-mous 27-10-2023 03:42 PM
Betul apa kwn mak dia ckp, tp dlm masa yg sama xpatut. Kalau kwn mak dia rasa mcm tu tlg la sponsor kereta apa yg dia rasa elok
Quote areyam 27-10-2023 03:44 PM
Axia ok jer sekarang.. hampir setaraf king myvi.... saya dah bberapa bulan masuk grup axia... rata2 owner berbangga dengan axia baru...
Quote syamzana 27-10-2023 03:47 PM
areyam replied at 27-10-2023 03:44 PM
Axia ok jer sekarang.. hampir setaraf king myvi.... saya dah bberapa bulan masuk grup axia... rata2  ...


opkos la u dah masuk group axia mesti la sesama memuji takkan tetiba depa nak up kete toyota plak mau kene keji smpai wajib left group

btw, alahhh anaknya pun takkan tak faham lagi peel mak dia caner. bolayan je la, nati blk kg ambil balik axia tu
Quote any42 27-10-2023 03:50 PM
Acik2 bila membawang kbykkn topik mmperlekeh ank orang. parents jnis gini pun kdang xfhm jgk zaman dorang besarkn ank2 serba kkurangan jgk bila ank dh bkerja nk expect ank trus boleh bagi duit seguni cmpak dpn pintu tiap bulan.
Quote green~tea 27-10-2023 03:50 PM
areyam replied at 27-10-2023 03:44 PM
Axia ok jer sekarang.. hampir setaraf king myvi.... saya dah bberapa bulan masuk grup axia... rata2  ...


Mana elok myvi 1.3 vs axia 1.0 utk jalan jauh?

I duk rasa axia ni tak sesuai jalan jauh je... utk dekat2 sangat best...

I laki bini pakai axia utk daily commute from rumah - stesen MRT yang jarak 10 menet je tu.. senang nak parking, singgah memana.. beli groceries, pegi gym, gi jogging peluh2 mmg sesuai tak sakit hati kereta buat lenjan

Tp utk jalan jauh mmg tak sedap langsung... sbb enjin dia bising bila kita press minyak >100km/h...

Myvi i takde pengalaman drive...
Quote green~tea 27-10-2023 03:51 PM
@Samerosie u penah drive both kan... apa komen u on both axia vs myvi?
Quote pokokmeranti 27-10-2023 03:54 PM
ok kan Axia...ingat nak angkat cash yg manual. hari tu dalam 22K kan. harap gagah la nak lalu Grik utk ke kelantan.
Quote Rdizz 27-10-2023 03:55 PM
Laaa.. ni cth mak yg tak reti nilai, tau demand je, dah ank nya pun baru nk beli 1st car, mesti baru kerja gaji pun rendah lagi. Nk bagi ank depress ke.

Melampau betul maknya, geram pulak aku, kalau tanya aku, tak pyh dok hadiah, berkorban beli kereta bknnya sikit duit, mau bengkok potong gaji, alih2 dikomplen ja maknya tu, tak berbaloi. Bkn mudah cari duit makcik oiiii.. zaman tok nadok pun dah ada lagu she word for the money.. tambah zaman serba mahal ni takkan makcik baru keluar gua batu.

Nk kereta hebat, beli sendiri jgn dok pelekoh ank tu.
Quote green~tea 27-10-2023 03:55 PM
any42 replied at 27-10-2023 03:50 PM
Acik2 bila membawang kbykkn topik mmperlekeh ank orang. parents jnis gini pun kdang xfhm jgk zaman d ...

Ramai orang jenis tak bersyukur and content dgn apa ada... kalo asik duk compare dengan org, ada cash berjuta pun tak pernah duk rasa cukup...

Ini dengan gemok gedempol nya, kepamnya.. pakai emas 10 kilo, henbeg beribu pun nampak murahan.. sbb basic features muka dan badan dah hodoh, penampilan tak jaga...
Quote green~tea 27-10-2023 04:00 PM
Edited by green~tea at 27-10-2023 04:02 PM
pokokmeranti replied at 27-10-2023 03:54 PM
ok kan Axia...ingat nak angkat cash yg manual. hari tu dalam 22K kan. harap gagah la nak lalu Grik u ...


Yang ni takde turbo.. pakai enjin axia yang version sblm ni... i rasa menderum juga bunyi enjin 3 silinder naik bukit  lagu tu..

Kalo jumpa myvi 2nd hand yang elok... better myvi kalo nak buat jalan jauh naik bukit bukau..

Tp kalo untuk city drive.. hadap jem.. mmg axia 1.0 enjin biasa2 tu dah sangat terbaik bg sy.... 16.7 km/liter consumption.. mana nak dapat wei kereta jimat minyak lagu ni...  makna nya.. setangki penuh cuma 25 liter, boleh gi 420-440 km...

Kalo keta lain cam honda civic, crv setangki 50 liter dpt 500-550 km.. merz c class dlm 50 liter, 550 km.... kalo bmw 6 series 60 liter 700 km, bmw 5 series 65 liter 700km... ini setakat yang i pernah pakai dan perati
Quote sharlenetexas 27-10-2023 04:02 PM
Nasib baik ko tak jalan kaki macik (kawan kpd mak).


Quote pokokmeranti 27-10-2023 04:05 PM
green~tea replied at 27-10-2023 04:00 PM
Yang ni takde turbo.. pakai enjin axia yang version sblm ni... i rasa menderum juga bunyi enjin 3  ...

i rasa xnak cari yg turbo...mungkin dari segi power mmg syok tapi penjagaan leceh dan minyak lagi mahal. I ada join group  X50, X70, HRV, TCC, etc...I cukup terkejut penggunaan minyak lebih tinggi dari kereta Iyg  cc 2.4 tanpa turbo. 8L/100 km. tgk X50 sampai 12L/100km.
Quote midori888 27-10-2023 04:43 PM
toxic nyer kawan mak budak nie...ntah2 dengki anak kwn kasi hadiah kereta sedangkan anak dia sendiri tak kasi apa2...

kalu meols jadi budak tu, meols ckp kat mak meols jgn rapat sgt dgn kawan dia yg toxic tu...

Lihat semua komen(123)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.054754 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top