CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyanyi Kumpulan Rock 90-an Kemalangan, Warga Emas Meninggal

27-10-2023 10:47 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4301| Komen: 27

Kuantan: Penyanyi kumpulan rock popular 1990-an terbabit kemalangan di Jalan Kuantan-Maran berhampiran susur Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Unipsas) di sini, semalam.

Dalam kejadian 10.45 pagi itu, kereta BMW dipandu penyanyi itu berlanggar dengan motosikal Yamaha Lagenda menyebabkan penunggangnya, Eddy Kusmiran Ambi, 61, maut di tempat kejadian.


KEADAAN kenderaan yang terbabit dalam kemalangan. FOTO Facebook Polis Trafik Kuantan

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kereta BMW yang dipandu lelaki berusia 53 tahun itu dalam perjalanan dari arah bandar ini menuju ke Rompin.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal dipandu mangsa di lorong kiri laluan dipercayai mengubah haluan ke lorong kanan.

"Pemandu kereta cuba mengelak tetapi terlanggar bahagian belakang motosikal itu. Penunggang motosikal itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan.


Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 27-10-2023 11:15 AM
Iols google sapa penyanyi tu
Vokalis Kris rupanya
Quote prettyuglybabe 27-10-2023 11:26 AM
kalau takde dash cam, siap la..
tengok keadaan kereta, memang dia salah..
Quote Buritan 27-10-2023 11:32 AM
prettyuglybabe replied at 27-10-2023 11:26 AM
kalau takde dash cam, siap la..
tengok keadaan kereta, memang dia salah..

Byk duit depa pakai bm.. satu hallla plk nak merepair paa tu naik mhkmh
Quote Buritan 27-10-2023 11:34 AM
Aku kalo moto kat dpn pas tu yg bwk budak org tua nyonya tua opah tuaa sggup je aku ngekorrr.. nak potong kangg tetiba dia tuko laluan.. aku jgk yg salahh.. kang kete aku jgk rosakk.. smbil bwk smbil istighfarr.. ade yg plg best bg signal kanan dia pi kekirii.. hahshaha
Quote nuralisa 27-10-2023 11:38 AM
dlm laporan kata motor tetiba tukar laluan..
tgh dashcam mcm tak
Quote kucingitam 27-10-2023 11:44 AM
sll je org naik motor tiba2 tukar haluan.. jgn sbb kereta mewah yg terlibat, korang sng2 nak salahkan kereta pulak...hahah
Quote mamajawie 27-10-2023 12:02 PM
Edited by mamajawie at 27-10-2023 12:04 PM

salam takziah, yang melanggar tu vokalis kris si alim ke?i is konfius sbab google tgok umur alim memang 53 thun ni
Quote Belibis 27-10-2023 12:04 PM
kucingitam: sll je org naik motor tiba2 tu ...

Pompuan la selalu gitu..bagi signal nak masuk kanan,elok2 dia duk line tengah...eh heh dia ke kiri balik sebab takut duk line tengah.kita yang kat belakang ni bedecit2 brek.
Quote adiksha 27-10-2023 12:56 PM
kucingitam: sll je org naik motor tiba2 tu ...


setuju ni
dia ibarat lori la, semua la salahkan lori
tup tup kalau tgk dashcam/cctv moto yg mencilok/tukar laluan mengejut/tukar laluan dlm keadaan yg terlalu dekat
Quote Rynaf 27-10-2023 12:59 PM
Kalau ikut video dashcam yg dh viral, kereta penyanyi ni hentam terus belakang motor. Motor tu memang dalam laluan dia. Tunggu je la hasil siasatan nanti.
Quote syamzana 27-10-2023 01:03 PM
Rynaf replied at 27-10-2023 12:59 PM
Kalau ikut video dashcam yg dh viral, kereta penyanyi ni hentam terus belakang motor. Motor tu meman ...

ooo kete laju la ni
Quote elnor_81 27-10-2023 01:20 PM
kucingitam replied at 27-10-2023 11:44 AM
sll je org naik motor tiba2 tukar haluan.. jgn sbb kereta mewah yg terlibat, korang sng2 nak salahka ...

Ad dashcam. Mmg kereta ni slh. Laju nk mampus lak tu.
Quote elnor_81 27-10-2023 01:21 PM
Rynaf replied at 27-10-2023 12:59 PM
Kalau ikut video dashcam yg dh viral, kereta penyanyi ni hentam terus belakang motor. Motor tu meman ...

Situ dh dkt nk uturn. Pakcik ni nk uturn situ. Mmg lane tu utk uturn
Quote elnor_81 27-10-2023 01:25 PM
Jalan kt sini..bwh flyover. Lane pakcik tu utk uturn. Kt kontan ni..xleh laju2 sgt lane kanan. Byk uturn sebelah kanan kt sini. Cth bypass. Nk uturn mmg kena amik lane kanan. Lane kanan plak paham2 la kereta laju2 belaka.
Quote SalenaGomez 27-10-2023 09:19 PM
Edited by SalenaGomez at 27-10-2023 09:21 PM

-     





Quote SalenaGomez 27-10-2023 09:20 PM
Buritan replied at 27-10-2023 11:32 AM
Byk duit depa pakai bm.. satu hallla plk nak merepair paa tu naik mhkmh

Macam bm la kan keta tu
Quote otai_g 27-10-2023 09:23 PM
Langgar blkg. Automatic Salah walau apa alasan sekali pun. Ini la undang2 msia yg agak bodoh.
Quote Decaffeinated 27-10-2023 09:52 PM
Apa lagu dia yg top katanya tu. Cer nyanyi sikit kot2 lah pernah dengar.
Quote Jitu 27-10-2023 10:14 PM
Takziah

oh pg semalam ke
aku lalu ikut situ balik dari kuantan semalam tak tahu pulak ada accident kat situ

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.039165 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top