Pelakon Fizo Omar menzahirkan rasa syukur apabila doanya untuk melihat keakraban hubungan isterinya iaitu Fazeera dan anak sulung, Maryam akhirnya tercapai. Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 38, berkata dia tidak menyangka kedua-duanya begitu akrab meskipun awal perkenalan dalam waktu yang singkat.
“Terkejut sebab memang sangat rapat... saya doa dekat Allah supaya isteri dapat menerima Maryam dan Maryam juga dapat menerima ibu tirinya itu, diluar jangkaan saya sebenarnya. “Kadang-kadang sibuk bekerja isteri saya yang ambil Maryam, mereka boleh berkawan jadi sangat rapat. "Saya juga selalu bahagikan masa bersama dengan dia. “Tiap kali datang jumpa kami, Maryam sangat teruja tambahan pula dia dah ada adik. "Alhamdulillah walaupun dia masih kecil tapi tiada pun tanya soalan macam-macam sebab kami berikan didikan yang betul,” Kata Fizo kepada mStar.
|
ADVERTISEMENT