CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Emma Maembong Tak Pandai Membaca, Kawan Tolong Bacakan Skrip

26-10-2023 12:32 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 20469| Komen: 177

Pelakon Emma Maembong mendedahkan pada awal karier, dia tidak pernah membaca skrip.


Emma berkongsi perkara itu dalam satu temu bual menerusi sebuah program yang menjemput aktres itu sebagai tetamu.



Aktres berumur 31 tahun itu tidak malu mendedahkan dia sebenarnya tidak pandai membaca.


"Satu hari bila masuk sebuah kedai nak beli makanan tetiba nampak buku komik. Banyak komik kat situ. Saya ambil dan buka. Macam mana nak baca?


"Siapa-siapa yang datang rumah, saya akan tanya macam mana nak sebut ‘A’? Orang yang ajar itu saya ingat. Bila ingat, saya tulis. Saya cuba dan terus cuba. Tapi tak pernah beriya," ujarnya.


Dalam pada itu, pemilik nama Fatimah Rohani Ismail berkata dia mula bersungguh-sungguh belajar selepas menerima tawaran berlakon daripada pengarah, Erma Fatima.



"Sampai Erma Fatima tawarkan saya berlakon. Saya tau kalau nak sesuatu, maksudnya saya kena banyak membaca. Jadi, saya cuba baca skrip setiap hari.


"Tapi masa itu, kawan baik saya yang tolong bacakan. Dia yang baca dan saya ingat. Saya tak pernah baca skrip," katanya.


Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Emma juga berkata dia melalui fasa sukar apabila ibu bapanya berpisah.


Kata Emma, dia dan adik beradik lain tidak berpeluang untuk melalui zaman seperti kanak-kanak lain dengan pergi ke sekolah.



"Ada la macam krisis keluarga.. tak sekolah, ibu bapa berebut anak dan bercerai. Semasa proses penceraian, pada masa itu sangat sukar. Jadi, saya tinggal dengan ayah.


"Ayah macam tak reti jadi bapa tunggal (single parents). Nak kena bawa anak pergi sekolah semua. Jadi, kami ponteng sekolah," katanya.



Sumber: Oh Bulan





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote timah03 26-10-2023 12:39 PM
Bukan dia sekolah sampai form 3 ke...? Tak kan tak tahu baca...?
Lepas tu berhenti sek sebab nak jaga abang dia yg wheelchair tu...
Ni version lain pula...
Quote Suchi 26-10-2023 12:44 PM
timah03 replied at 26-10-2023 12:39 PM
Bukan dia sekolah sampai form 3 ke...? Tak kan tak tahu baca...?
Lepas tu berhenti sek sebab nak ja ...

Maybe la kena jaga abang dia tu memandangkan dia kata ayah dia mcm tak pandai jd bapa tunggal tu
Anak2 la kena jaga sesama sendiri sampai sudahnya benti sekolah separuh jln
Kakak2 n abang dia maybe ada yg abis sekolah. Dia yg bawah2 ni la kot tak g sekolah.
Mak pak dia bercerai masa umur dia berapa ya?
Quote Atata 26-10-2023 12:47 PM
Lahhh dari sebenarnya dorang ni takde pon homeschool? Ayoyoyo emma buta huruf rupanya dulu. Gila la ni kes keciciran ni. Apo bondo la bapa eaa urus anak sampai tak poie skolah
Quote kucingitam 26-10-2023 01:02 PM
mcm tipu je...
Quote imanda 26-10-2023 01:02 PM
yeke sheols buta huruf dlu?
tp sheols pandai melukis and lukisan sheols cantik turun dr bakat ayah.
Quote ngek 26-10-2023 01:08 PM
beauty without brain
Quote gangerina 26-10-2023 01:09 PM
ok kementrian pendidikan dah boleh panggil interview la buat kajian ke apa ke ttg kes ni ya....
Quote sukacactus 26-10-2023 01:10 PM
Dia budak oku pembelajaran ke, kalau ye kita paham je bila nak buat benda basic pun xtau
Quote makton 26-10-2023 01:11 PM
serius la dia buta huruf sampai dah besar?
masa berlakon dgn acik erma tu umur berapa?
so kira tak pernah taip mesej la sebelum tu?
terus aku teringat anak2 penyanyi nasyid yg bumi rata tu.
membaca pun merangkak2 wlpun dah umur 12 thn
Quote Realpeople17 26-10-2023 01:20 PM
See, ank2 ramai pun tapi kalo mak pak tak fokus, tak reti jaga, ank2 pun trcicir pelajaran. Mcm ni nk jadikan ank2 aset ke syurga? (Bak kata tibaiunta trpaling ank2 aset ke syurga). Nsib baik fatimah ni Allah bagi rupa cantik. Bleh gak jual dlm industri hiburan. Bayangkan dgn tak habis skolah, buta huruf camne dia nk survive kat luar. Kecuali mmg da trtulis rezki dia. Skarang mmg nmpk la rezki dia jd pelakon. Dpt gak kehidupan yg better. Rezki kawin and ank jugak.
Quote pinkzara 26-10-2023 01:28 PM
Kalau uol follow fb ayah dia, mmg ayah dia ada cerita serba sedikit.
Anak-anak semua ayah dia jaga.
I tak sure apa yg jadi dgn mak dia sebenanrnya... mak dia kawin lelaki muda kalau tak silap.

Ayah dia kan negarawan ulung jugak, pelukis negara.
Asalnya arkitek tersohor.
Ayah dia byk terlibat dgn pembangunan negara zmn Tun M, terutama dari segi lanskap dan design bagngunan.
so emma dan adik beradik terlibat jugak dgn projek2 tu di tapak bina. mcm bancuh bata etc.

OK je pada aku method ni.
adik beradik dorg pemuzik/pelakon/pelukis.
emma pandai lukis, dia suka buat detailing. dlm ramai adik beradik dia, nmpk mcm ayah dia syg dia lebih. dia manja dgn ayah dia.

gitu la serba sedikit yg iol tahu berdasarkan pembacaan.

Ramai anak2 org hebat tak ke sekolah...sebab dorg sendiri rasa silibus di sekolah tu ntah apa2.
bila nak hidup, tak guna pun semua tu.

jadi, bagi aku ok je emma tak sekolah sebab dia survive sebab ayah dia boleh bawa dia kenal dunia.
korg jangan bandingkan dgn anak2 kita ni yg tak gi sekolah..kalau anak kita, mmg gelap la masa depan.
Quote sharlenetexas 26-10-2023 01:30 PM
Pelakon cilik darjah 1 kena buang sekolah, aku terfikir pandai membaca ke tak?


Quote syamzana 26-10-2023 01:37 PM
pinkzara replied at 26-10-2023 01:28 PM
Kalau uol follow fb ayah dia, mmg ayah dia ada cerita serba sedikit.
Anak-anak semua ayah dia jaga. ...

tak sama laaa tak pergi sek tapi diajar utk meneruskan kehidupan dgn softskills or whatever skills yg  ada dgn malas nak atur anak2 utk ke sek sbb kita tak sempat (emma ckp ayah dia xreti jd bapa tunggal).
at least anak tu kene la pandai membaca.
kalau tau skill pun tp membaca mengira pun bodo, tak pasal2 je kene tipu.


dulu i folo maembong kat fb bc cerita dia. iols simpulkan dia bernasib baik dianugerahkan genius sbb kalau tgkkan perangai dia mmg haukk. kat uk lagi dah masuk segala geng tak tentu hala, nikoh dan branak pun berpindah randah mcm takde tujuan hidup tp kerjaya meletopss. x faham iols
Quote vanillaninja 26-10-2023 01:48 PM
Nampak la sheols ni bimbo dulu tapi tak tau pulak I sheols buta huruf. Nasib sheols ada rupa. Cuba kalau muka awam.
Quote miss_perfect 26-10-2023 01:58 PM
Macam membohong je.
Tak pergi sekolah tu mungkin betul tapi takkan lah tak reti membaca langsung.
Quote Nham22 26-10-2023 02:07 PM
Tp die di lahirkan very talented... Darah seni tu mmg ade kat die... Pandai melukia.. Pandai berlakon.. Silap2x pandai menyanyi.... Nasib ade rupe boleh jual... Pastu ade org nak... Sbb susah keluarga nk terima perempuan yg x abes sekolah ni...
Quote naina 26-10-2023 02:10 PM
Aku memang tertanya2 pasal mak bapak dia ni masih bersama ke tidak. Sebab macam pelik mak dia masih sama daring macam tak pernah kwen dengan orang melayu yang macam bapak dia.
Ohh dah berpisah..anak ramai, bapak tak reti jaga dan urus tu pasal kot mak dia tak tahan.
Bapak dia takdan jaga kot anak kecik2 berderet nak kerja lagi sekolah lagi..aduii ramainya.adik.bradik.ko Emma
Quote weezerfan 26-10-2023 02:13 PM
Mcm cerita tipu jah..
Quote aciksenah 26-10-2023 02:13 PM
miss_perfect replied at 26-10-2023 01:58 PM
Macam membohong je.
Tak pergi sekolah tu mungkin betul tapi takkan lah tak reti membaca langsung.

Mungkin disleksia la kot. Biasa orang yang ada disleksia ni dikurniakan bakat yang lain. Disleksia ni memang susah nak baca sebab diorang nampak bentuk huruf tu tak sama dengan kita orang normal ni. Kategori oku pembelajaran. Tu kadang2 ada je pelajar sekolah menengah pun masih tak pandai membaca.

Lihat semua komen(177)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.053532 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top