Arau: Seorang pelajar tingkatan dua menemui ajal selepas digilis sebuah treler simen apabila motosikal dinaikinya terbabas dan melanggar kenderaan berkenaan di Guar Nangka. Mangsa, Aphisith a/l E Wang, 14, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Nangka menunggang motosikal dipercayai dari arah Panggas menuju ke Kok Klang, Chuping.
Pemangku Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Baderulhisham Baharudin berkata, dalam kejadian 4.20 petang itu sebuah treler dari arah yang sama juga turut menuju ke Kok Klang. "Setibanya di simpang tiga Jalan Guar Nangka berhampiran Pusat Koreksional Perlis, treler berkenaan membelok ke kiri menuju ke Kok Klang. Mangsa dipercayai berada di sebelah kiri treler berkenaan gagal mengawal motosikalnya menyebabkannya berlanggar di bahagian penjuru kiri hadapan treler itu.
"Impak rempuhan itu menyebabkan mangsa terjatuh dan terperosok masuk ke bawah treler berkenaan sebelum digilis oleh kenderaan itu," katanya ketika dihubungi hari ini. Katanya, mangsa yang tinggal di Kampung Siam, Guar Nangka, meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian. "Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian mangsa yang cuba memotong treler itu di sebelah kiri kenderaan sehingga menyebabkan berlaku pelanggaran. "Bagaimanapun, siasatan lanjut kemalangan masih dijalankan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk bedah siasat," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-CARI Sumber: Harian Metro
|
sukacactus replied at 26-10-2023 12:53 PM
Laki aku nak tunjuk la pic mangsa
Aku ckp xpayah la heh!
Dah pecah kepala gitu, xsanggup aku...nnt t ...
iraizz replied at 26-10-2023 03:35 PM
Kepala hancuq... Ngeri tengok
sukacactus replied at 26-10-2023 06:03 PM
Ha dah laki aku pun sebut gitu, takde la aku gatal2 nak tgk lg
ADVERTISEMENT