KAZAN, TATARSTAN – Seorang wanita Russia berumur 53 tahun dikecam ramai selepas dia mengahwini anak angkatnya sendiri yang berusia 22 tahun. Oddity Central smelaporkan, Aisylu Chizhevskaya-Mingalim yang merupakan pemuzik terkenal di Tatarstan, membuat keputusan berkahwin dengan Daniil pada 20 Oktober lalu, selepas lapan tahun mengambil lelaki tersebut menjadi anak angkatnya.
Menurut Aisylu, dia mengenali Daniil ketika lelaki itu berusia 13 tahun dan mereka mula rapat kerana mempunyai minat sama dalam bidang muzik. Selepas menjadi anak angkatnya, kedua-dua mereka tinggal bersama. Namun, pelbagai khabar angin timbul mengenai hubungan mereka, membuatkan Aisylu bertekad menamatkan spekulasi orang ramai. Menurutnya, perkahwinan mereka adalah suci dan bersifat kerohanian dan bukannya didorong hawa nafsu semata-samata seperti sangkaan ramai orang.
“Perkahwinan kami berbeza. Ia seperti sebuah keluarga yang bersatu disebabkan kreativiti dan tidak boleh dipisahkan,” ujarnya. Tambah Aisylu, dia dan Daniil kini mempunyai lima anak angkat dan seorang anak kandungnya selain enam kanak-kanak yang masih di bawah umur. “Justeru, Daniil ialah bapa kepada ramai anak,” ujarnya. – CARI Sumber: Kosmo |
ADVERTISEMENT