Amyra Rosli sering berkongsi mengenai kesengsaraan penduduk Palestin menerusi media sosial miliknya. Namun dia kesal apabila hantarannya mengenai isu di negara bergolak itu dipadam oleh pihak Instagram dengan alasan tidak mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.
“B*nuh orang tak takut, kena kecam dekat media sosial takut. Koyak la tu!,” katanya. Tidak berdiam diri dengan tindakan pihak tersebut, isteri kepada pelakon Amar Baharin ini sempat menitipkan doa agar Allah membinasakan pemerintah Israel, Benjamin Netanyahu dan menghancurkan pasukan tentera zionis.
|
ADVERTISEMENT