CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fazura Dan Mimi Lana Turun Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin, "Kering Air Mata Lihat Penderitaan Anak-Anak Gaza"

25-10-2023 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16038| Komen: 259

Fazura dan Mimi Lana meluangkan masa menghadiri Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin bagi membantah kezaliman rejim Zionis.

Sebagai seorang ibu, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 40, dia tidak dapat menahan sebak apabila menonton video keganasan melibatkan kanak-kanak di negara berkenaan.


Foto; IG

"Bagi saya yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, apabila menonton video yang melintas di media sosial memang tak sanggup saya nak tengok.

"Nak cakap fasal menangis tu memang dah habis menangis... ia sangat memberi kesan kepada kami.

"Memang sangat sedih, mungkin kita hanya dapat merasa secebis sahaja penderitaan mereka. Apa yang mereka rasa itu lebih berat lagi," katanya di IG.



Fazura juga menyeru agar orang ramai terus memberikan sumbangan dan berdoa buat saudara di negara berkenaan.

Yakin rakyat Palestin akan mencapai kemerdekaan tidak lama lagi, Fazura berkata setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah.



"Teruskan sokongan, doa dan juga sumbangan... teruskan usaha kita sebagai rakyat Malaysia untuk membantu saudara kita di Palestin.

"Sentiasa berfikiran positif kerana apa yang kita ucapkan dan kata-kata itu adalah doa... doakan Palestin akan pulih dan diselamatkan oleh Allah SWT.

"Semua yang berlaku ini Allah sudah izinkan, pasti ada hikmah dan pasti ada kemenangannya," ujarnya.

Mimi Lana pula memaklumkan kehadirannya pada perhimpunan berkenaan adalah sebahagian daripada usahanya untuk menunjukkan tanda sokongan terhadap Palestin.

"Kita tidak dapat bantu banyak tetapi dengan perhimpunan ini merupakan sebahagian apa yang boleh kita tunjukkan sebagai sokongan kita kepada mereka," katanya.

Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin diadakan di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur pada Selasa.

Laungan takbir 'Allahuakbar' dan 'Israel Cuak' bergema di stadium yang dihadiri ribuan peserta menunjukkan betapa rakyat Malaysia bersatu hati menentang kekejaman tentera Israel ke atas Gaza.

Acara itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyaksikan peserta perhimpunan bebas membawa dan mengangkat sebarang jenis plakad termasuk menunjukkan kemarahan terhadap Israel. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missHaidiD 25-10-2023 12:33 PM
Cntik faz pakai khimar
Quote OsHiN_hOnEy 25-10-2023 12:38 PM
kemain semua make-up dgn content creators team amik vid
dpn blkg tetap lar

nak pray for palestine

sejenis bingai ker camna retis2 msia ni?

kalo sempadan rafah tu dah buka, kan lebih mulia semua pergi sana
jgn mcm si mata ju-on tu
keadaan dah tenang baru dia berOOTD kat gaza
Quote Tudungpink 25-10-2023 12:46 PM
Baju pajura pakai tu boleh terus bawa sembahyang.. Semalam ada dlm igs mimi dia tgh sembahyang..
Quote Tudungpink 25-10-2023 12:47 PM
Tgk kat tt memang ramai pun yg menangis..
Quote fossil 25-10-2023 12:53 PM
cantik faz tak mekap bare faced jah
Quote missHaidiD 25-10-2023 01:30 PM
OsHiN_hOnEy replied at 25-10-2023 12:38 PM
kemain semua make-up dgn content creators team amik vid
dpn blkg tetap lar


Siapa yg make up. Faz ke. Heavy makeup ke dia
Quote roti_banjir 25-10-2023 01:35 PM
sejuk mata tgk faz ngan bamtah.... simple jer still menutup aurat dan bamtah pon still nampak stylo dan wajah penuh ketenangan......
Quote OsHiN_hOnEy 25-10-2023 01:37 PM
missHaidiD replied at 25-10-2023 01:30 PM
Siapa yg make up. Faz ke. Heavy makeup ke dia

ada perkataan SEMUA kat situ kot
Quote _Valkyrie_ 25-10-2023 01:47 PM
OsHiN_hOnEy replied at 25-10-2023 12:38 PM
kemain semua make-up dgn content creators team amik vid
dpn blkg tetap lar


Semua bermakeup tu siapa? Nampak tak makeup.. polos je..
Quote Peachlilac 25-10-2023 02:01 PM
missHaidiD replied at 25-10-2023 01:30 PM
Siapa yg make up. Faz ke. Heavy makeup ke dia

rasanya faz tak make up. bare face je.
Quote stingerbumpy 25-10-2023 02:08 PM
OsHiN_hOnEy replied at 25-10-2023 01:37 PM
ada perkataan SEMUA kat situ kot

Ko machiam tak paham protocol dlporum.cari ni..tak boleh langsung beri kias kias kalo tang missfake...ayat nak kena susun elok elok....kalo tidak ibarat cari nahas ler kalo penjilatz penjilatz sedang meronda....

Kahkahkahkahkahkah

Quote stingerbumpy 25-10-2023 02:10 PM
missHaidiD replied at 25-10-2023 12:33 PM
Cntik faz pakai khimar

Cantik cam kimarkkkk?

Macam rhyme pulak dgn khimar kheunz?

Kahkahkahkahkahkah
Quote stingerbumpy 25-10-2023 02:11 PM
_Valkyrie_ replied at 25-10-2023 01:47 PM
Semua bermakeup tu siapa? Nampak tak makeup.. polos je..

Burukz kalo tak make up kheunz?

Kahkahkahkahjah
Quote zallama 25-10-2023 02:13 PM
Asal thread ad nma faz ad la babi yg gila meroyan.bosan
Quote stingerbumpy 25-10-2023 02:17 PM
roti_banjir replied at 25-10-2023 01:35 PM
sejuk mata tgk faz ngan bamtah.... simple jer still menutup aurat dan bamtah pon still nampak stylo  ...

Ketenangan  nampak diluar tapi gergaji ,chainsaw, parang semua dlm perut....Tidak ada makhluk atas bumi malaya yg lebih Fake dari missfakejura kita...

Kahkahkahkahkah
Quote GegarVaganja 25-10-2023 02:18 PM
Ala, xde cerita yang Faz, Fattah, Mimi Lana patut ke Gaza membantu ke?.
Tak terpaling Palestin la situ. Setakat join berhimpun.

Quote heythere123 25-10-2023 02:18 PM
kalau kakjah pakai macam kakafaz pon okay je rasanya. Tak perlu berkelubung 10 lapis
Quote stingerbumpy 25-10-2023 02:21 PM
Bakal madu si missfakejura keww si mimilana ni?

#tanyaje...

Quote stingerbumpy 25-10-2023 02:22 PM
Peachlilac replied at 25-10-2023 02:01 PM
rasanya faz tak make up. bare face je.

Kalo tak make up memang ketara kheun burukz nyer?

Kahkahkahkahkah

Lihat semua komen(259)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.060314 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top