CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Daiyan Trisha Nafi Dakwaan Diburu Bank Negara

25-10-2023 10:07 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5384| Komen: 22

Baru-baru ini, timbul khabar angin mengenai seorang selebriti ‘putih gebu’ yang diburu Bank Negara gara-gara terlibat dengan jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Susulan tularnya gosip tersebut, ramai netizen mula meneka sekali gus memetik nama Daiyan Trisha sebagai individu yang dimaksudkan dalam berita tersebut.



Daiyan kemudian mengemaskini status di aplikasi X seolah-olah menafikan dakwaan itu.

Menerusi hantaran tersebut, Daiyan memperkatakan mengenai keburukan fitnah yang lebih berdosa berbanding membunuh.

"Berhati-hatilah dalam berkata, kerana mulut badan binasa.

"Langsung bicara terus menuduh, fitnah itu lebih berdosa dari membunuh," tulisnya.

Terdahulu, media tempatan memaklumkan seorang selebriti wanita kini sedang dalam pemantauan bank negara kerana mempunyai kekayaan luar biasa sehingga menimbulkan syak wasangka.


Selebriti itu dikatakan sering menayang gaya hidup mewah di media sosialnya.


Sumber: Beautifulnara




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gerbera.memopad 25-10-2023 10:54 AM
Bukanlah diburu, baru dalam pemantauan kan. Tajuk artikel pun
Quote edayildiz 25-10-2023 10:55 AM
hekhek
tiber teringat kt teh hijau
Quote lifeline 25-10-2023 10:57 AM
BG kan ado
Quote ReginaGeorge 25-10-2023 10:57 AM
ok, netizen. ini homework, sila bergerak dan buru okt.
Quote naina 25-10-2023 11:03 AM
Hadapla dah tunjuk sangat. Tak padan dengan hasil kerja.
Quote ketupatnasi 25-10-2023 11:38 AM
sheols putih gebu kah? gossip kata putih gebu khenn..
yang pasti sheols or karats sheols baca porum
Quote Aneem 25-10-2023 11:53 AM
Agak2 la netizen. Dia dh bg warning tu. Jgn lorat sgt. Sikit2 dh la. Kang tak memasal ddk dlm tong simen.
Quote Buritan 25-10-2023 12:17 PM
Ok aku mintak maap ye daiyamn.. nak buru pi buru stinger dia byk duit.. hahaha.. aku semikin
Quote JamilBinAbu 25-10-2023 12:22 PM
Edited by JamilBinAbu at 25-10-2023 12:27 PM

fitnah lebih besar drpd membunuh tu bukan fitnah membawang buat tuduhan jahat/palsu ye Daiyan oii.

selalu sangat org guna ayat ni tanpa memahami ayat al-Quran tu sebenarnya menerangkan tentang apa.

kalimah الفتنة dlm surah Al-Baqarah tu ulamak tafsirkan dengan makna Syirik. SYIRIK ye.
bukannya fitnah buat tuduhan jahat. jgn sewenang-wenangnya tafsirkan ayat al-Quran ikut pemahaman sendiri.


Quote edoraixora 25-10-2023 12:36 PM
nanti dia merempan kt BG soh take action pulak
Quote menjad 25-10-2023 12:50 PM
ooooo dia kerrr.
Quote mizzmimi 25-10-2023 12:59 PM
Tachoooddd

Quote ctnorenjoy 25-10-2023 01:03 PM
JamilBinAbu replied at 25-10-2023 12:22 PM
fitnah lebih besar drpd membunuh tu bukan fitnah membawang buat tuduhan jahat/palsu ye Daiyan oii.

...

disebabkan bahasa malaysia ade perkataan fitnah. ramai yg confused. orang selalu cakap fitnah d***l. mgkn tak ramai yg tau, maksud fitnah kat situ is syirik.
Quote matchstick 25-10-2023 02:09 PM
mcm ni ke definisi putih gebu
Quote heythere123 25-10-2023 02:23 PM
Edited by heythere123 at 25-10-2023 02:24 PM

- double posting -
Quote heythere123 25-10-2023 02:24 PM
JamilBinAbu replied at 25-10-2023 12:22 PM
fitnah lebih besar drpd membunuh tu bukan fitnah membawang buat tuduhan jahat/palsu ye Daiyan oii.

...

thanks chuols bagi detailed explanation.
Quote heythere123 25-10-2023 02:25 PM
ctnorenjoy replied at 25-10-2023 01:03 PM
disebabkan bahasa malaysia ade perkataan fitnah. ramai yg confused. orang selalu cakap fitnah d*** ...

memang ramai pon tak tahu chuols, ramai buat literal translation bukannya tadabbur.
Quote tipah89 25-10-2023 04:38 PM
iyola nafi jela dulu...nak grab popcorn kita tengok saja nnti sapa yg kenaaaa..tapi kalau payung besarrrr ermm bakalan dibawa angin lalu sajalah.
Quote Hanzeviera 25-10-2023 04:45 PM
Kekekeke iols mampu gelak je lah

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.049284 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top