BANGKOK – Seorang lelaki sanggup mencuri rantai emas milik warga asing bagi membolehkan dia dan isterinya menikmati percutian romantik di sebuah pantai peranginan. Thaiger melaporkan, suspek yang dikenali sebagai Neng dari Thailand, meragut seutas rantai emas milik warga Myanmar di pasar Sirichai, Bangkok.
Mangsa yang membuat laporan polis memaklumkan, barang kemas itu bernilai hampir 40,000 baht (RM5,287). Selepas meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan pasar, polis berjaya mengesan suspek sebelum menahannya ketika dia mahu pulang ke rumah di wilayah Samut Prakarn, dekat Bangkok. Suspek membuat pengakuan bahawa keadaan kewangannya yang teruk mendorong dia untuk mencuri. Suspek juga telah menjual sebahagian daripada rantai emas yang dicuri itu kepada sebuah kedai emas di wilayah tersebut dengan harga 18,900 baht (RM2,498).
Bagaimanapun, dia telah menghabiskan wang itu semasa melancong bersama isterinya di Pantai Bang Saen, wilayah Chon Buri. Suspek berdepan hukuman penjara minimum lima tahun dan denda sekurang-kurangnya 100,000 baht (RM13,215). –CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT