SEPANG: Otak bersepai dan tengkorak seorang lelaki hancur digilis kereta api selepas dipercayai membunuh diri di landasan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), di sini. Dalam kejadian pukul 8.40 pagi semalam berdekatan Stesen ERL Kota Warisan itu, mangsa terlebih dahulu dikatakan menceroboh landasan ERL sebelum digilis.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa yang maut berusia 35 tahun dan berasal dari Labu, Negeri Sembilan. Beliau berkata, saksi kejadian yang juga penyelia landasan memaklumkan sempat melihat mangsa berada di landasan ERL itu, malah cuba menegur namun tidak dihiraukan. “Ketika kejadian, saksi memaklumkan sedang memantau anak buahnya membuat kerja sebelum melihat mangsa berada di atas landasan kereta api itu. “Saksi sempat menegur mangsa dan minta beredar daripada landasan itu sebelum sebuah kereta api dari arah Stesen ERL menuju ke KLIA, tiba di tempat kejadian dan menggilis mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, pemeriksaan di lokasi kejadian turut menemukan serpihan disyaki otak dan tengkorak sejauh 50 kaki, malah mangsa juga patah kaki kiri. Wan Kamarul Azran berkata, siasatan mendapati, tiada sistem kamera litar tertutup (CCTV) berdekatan lokasi kejadian dan turut ditemukan bersama mangsa termasuk beberapa barangan peribadi iaitu dompet, telefon bimbit dan kunci kereta. “Sebuah kereta jenis Perodua Bezza dipercayai milik mangsa turut ditemukan berdekatan lokasi kejadian,” katanya. Katanya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan proses bedah siasat mayat dilakukan di Hospital Serdang hari ini. -CARI Sumber: Utusan
|
JunkMail: Aduiiiii..takyah bunuh diri gi ...
Perawankota replied at 24-10-2023 08:05 PM
awat keta bezza yang jadik mangsa nih...
Anyway, mesti trauma sapa, yg tgk depan2 mata.. Aku kecik ...
Buritan replied at 24-10-2023 07:26 PM
Dekat rumah aku.. kecoh td.. india.. ape laa tekanannyaa
Buritan replied at 24-10-2023 07:26 PM
Dekat rumah aku.. kecoh td.. india.. ape laa tekanannyaa
Buritan replied at 24-10-2023 07:26 PM
Dekat rumah aku.. kecoh td.. india.. ape laa tekanannyaa
Buritan replied at 24-10-2023 07:26 PM
Dekat rumah aku.. kecoh td.. india.. ape laa tekanannyaa
pokokmeranti replied at 25-10-2023 07:54 AM
kejiranan yg berdekatan lah kita ye...
ADVERTISEMENT