CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tua Kantoi Rakam Gambar Ibu Hamil Di Mall, Penuh Koleksi Baby Bump Dalam Telefon

24-10-2023 06:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3260| Komen: 23

Seorang lelaki warga emas yang menghalakan kamera terlefonnya kepada para pengunjung sebuah pusat beli belah mendapat perhatian ramai.

Dia didapati dia merakam gambar setiap wanita hamil yang berada di sekeliling.


Malah dia berpura-pura melihat ke dalam outlet apabila menyedari perbuatannya dilihat.


Foto: mStar

Bagaimanapun posisi telefon bimbitnya tidak diubah serta sentiasa digenggam dengan tangan kiri dan diletakkan di pinggang.

Tingkah lakunya yang mencurigakan itu seorang pengunjung wanita mengadu kepada suaminya.

Tanpa berlengah suaminya tampil bersama pengawal keselamatan di pusat beli belah tersebut dan menahan lelaki terbabit.

Apa yang mengejutkan apabila pemeriksaan di dalam galeri telefon bimbitnya mendapati peranti itu dipenuhi dengan gambar wanita hamil.


Koleksi gambar tersebut diambil di pelbagai lokasi termasuk pasar malam dan kedai makan.

Meskipun perbuatannya sudah terbongkar, namun lelaki warga emas yang berambut putih itu kelihatan selamba seolah-olah tidak melakukan kesalahan.

Berkongsi rakaman di halaman TikTok, Shiraa Tajudin turut menyatakan bahawa tangan lelaki terbabit sentiasa memegang telefon untuk merekod video mahupun gambar.

"Masa ni dah separuh jalan dalam mall baru I sempat nak rekod. Tangan dia memang sentiasa dengan telefon tu untuk rekod... so scary," ujarnya di kapsyen.

Dia turut menasihati kaum wanita yang sedang hamil supaya sentiasa berhati-hati apabila berada di tempat awam.

"Mommies kat luar yang sedang pregnant, tolong berjaga-jaga... kejadian semalam, I tengah pregnant," katanya lagi.

Video yang dikongsikan itu mendapat pelbagai maklum balas dan kebanyakan wanita meluahkan rasa takut dengan kejadian seperti itu.

"Preggophiles tu wujud guys. Sebab tu baby bump kita ni aurat... hati-hati mommies.

"Pernah dahulu nak pergi check up klinik ada seorang lelaki duduk atas motosikal standby telefon macam buat panggilan video. Selalu sahaja ada depan klinik ibu mengandung.

"Pregnant lady jangan la pakai ketat-ketat... I dulu mengandung pakai labuh-labuh sampai orang tak tahu pun tengah mengandung.

"Memang ada orang macam ni, dulu aku post gambar pregnant twins kat Facebook. Kemudian orang tu mesej aku beritahu dia suka tengok gambar yang aku post tu," ujar beberapa warga maya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 24-10-2023 06:29 PM
bapak/atok sapa nehhh?

jijiksss
Quote fefeeling 24-10-2023 06:31 PM
Aiyohhh pakcik ni tak lama lagi nak check in keranda hotel tau.. kok perangai dark web sangat pakcik oii…
Quote makita 24-10-2023 06:41 PM
Kdg2 org mengandung ni pegi keluar pakai baju mcm nak tido (gambar kat atas tu sopan jugak) Penah jumpa minah ni pakai tdung tp pakai legging n baju melekat. Perut besar mcm nak beranak.


Quote Suchi 24-10-2023 06:48 PM
Mmg ada fetish ni ye tapi mak buyung peduli apa bkn takat tayang perut boyot,tek penuh susu pun nak tunjuk juga
Rasa seksi sangat laa kot, sekali rentua ganyut rupanya yg fetish tgk perut boyot depa.
Dulu ada group kat fb utk jantan2 fetish perut boyot ni.
Geli sgt baca komen2 depa, semua melayu isley laaa.
Dorang amik gambar2 bini org kat fb yg tgh sarat pastu post kat group tu.
Pastu memasing berfantasi nk buat apa ngn mak buyong tu..
Quote anony-mous 24-10-2023 06:52 PM
Lah pi rakam dkt mall buat apa??? Pegi la simpan ig2 retis yg mmg sengaja show off tu. Apsal jdikan org lain mangsa???
Quote Suchi 24-10-2023 06:52 PM
fefeeling replied at 24-10-2023 06:31 PM
Aiyohhh pakcik ni tak lama lagi nak check in keranda hotel tau.. kok perangai dark web sangat pakcik ...

Agak2 atuk ni dh kawen ke blm eh? Maybe bini pun dh menopos tidak leh pregnant tiap tahun boleh la atuk ni tatap puas2.
Bayangkan kalau anak2 menantu dia pregnant, rentua ni duk merenung jela gamaknya.
Napa susah2 atuk ni amik gambar bini org, google jela bersepah2 ada.
Quote Kentot_Wangi 24-10-2023 06:53 PM
makita: Kdg2 org mengandung ni pegi ke ...
Betul... Ade tu Smpai terjojol2 pusat pakai ketat sgt... Pakai la baju yg besar dan longgar.. Huhu
Quote krustykrab 24-10-2023 07:02 PM
Atok tu pun preggy
Quote Firenzza 24-10-2023 07:15 PM
Kot ye pun hantar la terus pg balai....knp dok godeh hp rentua tuh, karang x pasal2 kena caj ceroboh privasi org lain
Quote batmana 24-10-2023 08:53 PM
Kene godeh depan2..klu tunggu polis..dia leh reset format tepon tu tk smpai 30saat....xde bukti jawapnya
Quote midori888 24-10-2023 08:54 PM
kenapa cover muka dia, tunjuk lah supaya org lain bole berhati2 dgn dia...
Quote swimswim 24-10-2023 09:07 PM
Edited by swimswim at 24-10-2023 09:09 PM

Kalau perut kecik boleh la nak pakai labuh labuh besar. Bila perut dah 7mth above, xleh cover mana dah.. Pakai jubah pun obvious perut kedepan n jln pun terkengkang.

Ini salah lelaki gila seks with lewd imagination , please la jgn letakkan salah tu dkt perempuan mengandung.
Quote divalaura 25-10-2023 12:58 AM
Shira ni kakak kepada kembar 7E ika dan Ira tu..
Kakak dorang ni lawa lah dari kembar 7E tu..rajin masak dan memang pandai masak.
Rajin ambik order makanan best2
Quote dua_chzy 25-10-2023 01:48 AM
Well, fetish is real gais.
Quote fefeeling 25-10-2023 01:56 AM
Suchi replied at 24-10-2023 06:52 PM
Agak2 atuk ni dh kawen ke blm eh? Maybe bini pun dh menopos tidak leh pregnant tiap tahun boleh la ...

Tunggu next news update kalo ada dia naik court pastu ada rayuan ‘tertuduh minta wang jaminan dikurangkan kerna perlu menjaga bini lumpuh anak 12 org masih menetek blabla’ gitu baru kita tau kawin ke tak org nyer
Quote shernazz 25-10-2023 07:51 AM
Ada iols baca Komen di FB
Pakcik Ni perut dah Sama dgn pompuan mengamdung..apa Kata tengok je perut sundiri..takyah telek perut org lain
Quote KamikuP 25-10-2023 10:02 AM
Atok dan bapak sapa le ni ye? Ntah2 sebatang kara tak kawen sampai ke tua ye dokp?
Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 10:43 PM

Quote slyflynx 10-9-2024 03:42 AM
Aku dah pening dengan CI ni.
Forummer xde nama dok up thread lama

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.037497 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top