Hafreez Adam sedang mengenali hati budi seorang wanita. “Sebelum ini saya terbuka untuk kongsikan perjalanan kisah cinta saya memandangkan pengakhirannya tak manis sangat. Jadi saya mengambil langkah tertutup.
“Cuma apa yang saya boleh kongsikan adalah, saya sedang kenal dengan seseorang, bukan orang industri. “Ia fasa yang sangat-sangat baru sebenarnya tapi tak tahu hala tuju itu kemana, sekiranya baik, Alhamdulillah. Kalau sebaliknya, tidak jadilah,” katanya kepada Melodi.
Dia menyifatkan bekas kekasihnya adalah wanita terbaik yang pernah bertakhta di hati. Malah, akui tidak pernah trauma dirundung kisah putus cinta dalam kehidupan. “Saya nak semua jelas, bekas tunangan saya bukanlah seorang yang tidak baik. Pada saya, dia antara wanita terbaik yang pernah ada dalam hidup saya. “Walaupun perkara itu tak berakhir dengan indah, saya tak ada fobia atau serik untuk berada dalam sesuatu perhubungan.
“Saya tidak meletakkan apa-apa limitasi bilakah saya akan berkahwin. Itu sahaja yang berubah,” katanya. Berbicara soal kisah hati, Hafreez akui kini menyerahkan segala ketentuan pada Yang Maha Esa. “Sebelum ini, saya fikir nak kahwin muda sebab saya nak ada anak. Nak anak itu membesar depan mata saya.
“Tapi bila ia tak jadi, tiada lagi impian itu. Sekarang ini saya lebih kepada reda. Apa sahaja yang Allah aturkan, saya terima. “Untuk hubungan peribadi saya ketika ini, saya hanya ikut sahaja. Saya kenal dengan seseorang jika ia menarik minat saya. Seperti sekarang ini, masih berkawan, fasa yang sangat awal,” tutupnya.
Terdahulu, Hafreez juga pernah dikaitkan dengan pelakon, Afifah Nasir biarpun hubungan mereka sekadar bersahabat baik. Untuk info, Hafreez Adam pernah bertunang dengan selebriti Zara Zya, namun putus selepas sebulan. -CARI Sumber: XTRA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|