PETALING JAYA – Nurul Ain, rakyat Malaysia yang menetap di Gaza, berkongsi rakaman video klip penduduk di Gaza, Palestin menerima bantuan makanan. Menerusi perkongsian di Facebook, kanak-kanak di sana beratur untuk menerima makanan dan jajan yang diberikan.
“Senyumlah anak-anak, Insya-Allah semuanya akan okey. Kepada penderma, terima kasih berkongsi rezeki dengan kita. Semoga dirahmati Allah,” kata Nurul Ain. Turut kelihatan di dalam video tersebut kanak-kanak mengibarkan bendera Malaysia dan mengucapkan terima kasih kepada Malaysia. Di ruangan komen, orang ramai turut meninggalkan komen mereka selepas melihat video ini. “Bila ada anak yang jerit terima kasih Malaysia rasa nak peluk mereka. Ya Allah, kasihanilah mereka,” kata Qurratu’aini Khiruddin.
Seorang lagi pengguna laman sosial mendoakan keselamatan dan semoga mereka dalam jagaan Allah. “Teruskan buat benda yang baik,” kata Amy Ada. Terdahulu, Nurul Ain turut berkongsi dirinya dan suami membeli barangan bantuan kepada penduduk Gaza yang terjejas berikutan peperangan yang berlaku dengan Rejim Zionis. – CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT