Polis akan mengambil keterangan Charles Suresh Morais iaitu adik Anthony Kevin Morais dalam masa terdekat berhubung dakwaan mengenai kes pembunuhan abangnya berkait rapat dengan kertas pertuduhan yang disediakan terhadap seorang pegawai tinggi kerajaan ketika berkhidmat di Jabatan Peguam Negara. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata demikian susulan Charles Suresh Morais dilaporkan mempunyai 'maklumat tertentu' berkaitan kes pembunuhan mendiang abangnya. "Apa yang dia sebut 'jenayah sudah dilakukan' perlu diperjelaskan kepada kita (polis) kerana perlu menyiasat dakwaan tersebut."
"Kita akan menghubungi peguamnya, Americk Sidhu kerana beliau juga mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan itu bersama-sama Charles. Jadi kita akan panggil (Americk) untuk membantu siasatan," Khalid mengingatkan Charles agar tidak membuat tuduhan sembarangan kerana beliau sepatutnya perlu mengemukakan bukti terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan kepada umum. - CARI Infonet Berita selanjutnya : mstar.com.my/
|
8
Bagus |
21
Marah |
6
Terkejut |
13
Sedih |
5
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT