CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1640|Reply: 2

Polis Akan Ambil Keterangan Charles Dalam Masa Terdekat

[Copy link]
Post time 27-11-2015 09:27 AM | Show all posts |Read mode




Polis akan mengambil keterangan Charles Suresh Morais iaitu adik Anthony Kevin Morais dalam masa terdekat berhubung dakwaan mengenai kes pembunuhan abangnya berkait rapat dengan kertas pertuduhan yang disediakan terhadap seorang pegawai tinggi kerajaan ketika berkhidmat di Jabatan Peguam Negara.




Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata demikian susulan Charles Suresh Morais dilaporkan mempunyai 'maklumat tertentu' berkaitan kes pembunuhan mendiang abangnya.




"Apa yang dia sebut  'jenayah sudah dilakukan' perlu diperjelaskan kepada kita (polis) kerana perlu menyiasat dakwaan tersebut."


"Kita akan menghubungi peguamnya, Americk Sidhu kerana beliau juga mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan itu bersama-sama Charles. Jadi kita akan panggil (Americk) untuk membantu siasatan,"




Khalid mengingatkan Charles agar tidak membuat tuduhan sembarangan kerana beliau sepatutnya perlu mengemukakan bukti terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan kepada umum.







Berita selanjutnya :mstar.com.my/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2015 07:57 AM | Show all posts
Elok sangat disiasat dan dapatkan keterangan dan bukti utk umum dapat gambaran yg sebenar. Bukan setakat
cerita media sosial dan labun kedai kopi
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Charles dh lari ke oversea..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.306865 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list