CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aeril Zafrel Berjaya Jual Lamborghini Aventador Dengan Harga RM2.1 Juta

24-10-2023 01:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3941| Komen: 29

Aeril Zafrel berjaya jual Lamborghini Aventador miliknya dengan harga RM2.1 juta.

Hasil jualan kereta itu turut disalurkan pada Misi Kemanusiaan di Gaza, Palestin.



"Kereta ini saya dah gunakan sejak setahun lalu. Walaupun jarang dibawa berjalan, tapi ia tetap memberikan nilai sentimental. Apatah lagi ia adalah hadiah daripada isteri tercinta.

"Cuma bila memikirkan di rumah pun sudah ada beberapa kereta lain yang lebih kerap digunakan, saya ambil keputusan untuk jual Lamborghini ini. Isteri pun okay saja.


"Dalam masa sama, saya dah pasang niat kalau kereta ini terjual, sedikit hasilnya saya nak sumbangkan pada tabung bantuan kemanusiaan di Gaza. Insya Allah, dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan di sana," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, memiliki kereta itu sudah memenuhi impiannya selama ini.


"Sebelum ini saya memang ada terfikir nak beli sendiri. Selalu juga tengok di Internet dan YouTube. Malah, pernah cakap pada isteri nak beli kereta ini. Waktu itu dia tak bagi sebab masih banyak perkara dan komitmen lain perlu diselesaikan.

"Mungkin sudah saatnya dan dia pun beli. Saya pula jenis yang suka nak merasa, dua tiga tahun selepas itu tukar kereta lain pula. Sekurang-kurangnya dapat memenuhi impian," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 24-10-2023 01:48 PM
Nak tunggu jual lambo baru nak derma padahal duit sponsor BS boleh je wat derma..hmmmmmm...
Quote amyfaha 24-10-2023 02:19 PM
Bole x jgn pecaye si laki bini ni. Tu keta sewa. Hanya number plate je nama dia. Dia pulangkan keta tu dia ambik balik no plate. Tp ofcos la sewa tu mahal. Cuma still keta sewa dan syarat nk letak no plate sendiri kena sewa min 6bulan keatas x silap
Quote adiksha 24-10-2023 02:41 PM
sumeorg memang pandai sembang
itu fakta *[em:4:]*
Quote nuryakmal 24-10-2023 02:47 PM
amyfaha replied at 24-10-2023 02:19 PM
Bole x jgn pecaye si laki bini ni. Tu keta sewa. Hanya number plate je nama dia. Dia pulangkan keta  ...

serious laaa....sampai tahap macam tu sekali ke nak bergaya
Quote Atata 24-10-2023 03:01 PM
amyfaha replied at 24-10-2023 02:19 PM
Bole x jgn pecaye si laki bini ni. Tu keta sewa. Hanya number plate je nama dia. Dia pulangkan keta  ...

Lahh.. mcm2 ek cara jaman now ni
Quote pokokmeranti 24-10-2023 03:06 PM
klu xde duit cakap xde duit....apa jadah nak jual kereta pemberian insan tersayang.
Quote cikatilia 24-10-2023 03:40 PM
amyfaha: Bole x jgn pecaye si laki bini ni. Tu keta sewa. Hanya number plate je nama dia. Dia pulangkan keta tu dia ambik balik no plate. Tp ofcos la sewa tu m ...

sehari RM4,200.00 harga aku tgk.. yg ni available utk rent sehari pon ada..
yg long term xjumpa lagik.

Quote red_velvet 24-10-2023 03:44 PM
amyfaha replied at 24-10-2023 02:19 PM
Bole x jgn pecaye si laki bini ni. Tu keta sewa. Hanya number plate je nama dia. Dia pulangkan keta  ...

I percaya.. sebab pernah ada kenalan yg macam ni. ..
Quote LadyCarefree 24-10-2023 03:48 PM
Elhemdolillah. Terbaik Suhairil Sunari berkorban sampai gitu sekali. Kaya giler dapat 2.1juta. Mesti ambil 100k je kan? Lagi 2juta beli saham akhirat. Bolehlah untuk 6 orang punya share. Kat sana nanti dapat bini eh kereta yg lebih baik semestinya.
Quote ReginaGeorge 24-10-2023 03:49 PM
tok siti takyah pon jual keta utk derma
Quote eely_shana 24-10-2023 05:13 PM
Kaya depa ni. Semoga jodoh kekal
Quote Perawankota 24-10-2023 05:34 PM
Tunjuklah sekali transaction jual beli tu…
Quote oggy 24-10-2023 06:07 PM
Tiap kali cerita dia pasal kereta je ke..
Quote VespaSilbe 24-10-2023 07:49 PM
Kereta lain ke aritu yg dapat besday kata tak suka pakai ke apa.. bukan dah jual ke aritu walaupun kereta sewa ..
Quote nylliette 24-10-2023 08:01 PM
senang nau dia jual kete ek cam jual pisang goyeng je
Quote irvene 24-10-2023 08:13 PM
kalau betullah ni kete sewa. dia tak malu ek dkt owner kete ni sebab dia ckp nk jual. padahal tu bukan kete dia..
Quote albedah 24-10-2023 08:46 PM
amyfaha replied at 24-10-2023 02:19 PM
Bole x jgn pecaye si laki bini ni. Tu keta sewa. Hanya number plate je nama dia. Dia pulangkan keta  ...

Serius meh . Hau du yu knoe
Quote slyfynx 24-10-2023 09:25 PM
PROPAAAAAA.
NK ckp ko derma byk la tu.
PROPA
Quote dani-rox 24-10-2023 09:36 PM
sibbaik ada isu palestin, kalo idokk 40 hari 40 mlm kena pikir cemana nak explain dgn nurtizen ketiadaan lembugini di sisi

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.046678 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top