CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tak Puas Hati Orang Lain Tumpang Tanah Keluarga Selama 30 Tahun, Bila Disuruh Keluar Tiba-Tiba Minta Pampasan

24-10-2023 01:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4866| Komen: 45

Seorang lelaki mendakwa tanah milik keluarganya dihuni individu lain selama 30 tahun.

Di Facebook, dia menyatakan keluarga tersebut enggan keluar selepas diminta berbuat demikian.

Bukan itu sahaja, keluarga tersebut juga meminta sejumlah pampasan daripadanya.


Gambar Hiasan

"Duduk tanah orang 30 tahun. Minta keluar, dia minta pampasan... perlu bagi?," aju individu berkenaan.

Pertanyaan itu mengundang warga maya tampil memberikan pandangan masing-masing selain ada yang turut berkongsi nasib serupa.

"Mula-mula buat laporan polis... kemudian maklum dekat pejabat tanah, semak kedudukan hak milik dan hantar surat bagi masa kosongkan tanah. Maklum TNB, air untuk potong... kemudian cukup tempoh roboh penempatan haram.

"Kes saya tanah persendirian, nama seorang dan hak milik kekal... Bagi orang kampung lalu sebagai jalan pintas sementara nak dibangunkan, akhirnya saya kena serang siap potong guard rail.


"Pernah lalui hal ni, dulu merayu apabila kena halau tuan tanah terdahulu. Selepas duduk secara percuma lebih 30 tahun, minta pampasan selepas disuruh pindah... masuk mahkamah, tuan tanah kena bayar pampasan ihsan RM25,000," demikian ujar beberapa warga maya.

Ada juga berpandangan supaya pelayar Facebook tersebut memberikan pampasan bagi memudahkan urusan keluarga terbabit.

"Boleh bayar pampasan tapi sebelum tu kena kira tunggakan sewa selama duduk di tanah tersebut... bayar sewa tertunggak, baru boleh bayar pampasan.

"Kalau ikut undang-undang, 30 tahun ada kebenaran pemilik tapi apabila pemilik suruh keluar, wajib pendatang tu keluar ikut arahan. Bab pampasan, ikut apa yang pendatang usahakan, kalau rumah ada, kebun ada, pemilik kena bayar ikut apa yang kedua pihak setuju," tambah segelintir netizen lagi.

Bagaimanapun ada segelintir netizen yang beranggapan keluarga tersebut mempunyai 'perjanjian' dengan nenek atau datuknya sebelum ini sehingga mereka boleh tinggal berpuluh tahun secara percuma.

"Sebab awal dia duduk macam mana? Senang cerita pasang peguam tengok siapa menang.

"Yang menuntut ni pewaris atau tuan tanah yang pernah berurusan dengan si polan (penghuni) 30tahun dulu? Mesti ada apa-apa perjanjian yang dibuat oleh tuan tanah dengan si polan tu.

"30 tahun kata awak... 30 tahun cerita orang tu pun nak kena tahu juga. Perjanjian dulu tu macam mana dengan siapa? Bab ni kita kena letak tepi dulu soal hak dan undang-undang," ujar beberapa warga maya lagi. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 24-10-2023 01:52 PM
Kalah belanda....
Quote sharlenetexas 24-10-2023 01:56 PM
Dasar tak sedar diri!


Quote sharlenetexas 24-10-2023 01:58 PM
Ada orang hidup dia nak free je. Asalkan tak keluar duit dia se sen. Nak tanah free. Nak rumah free. Segala cukai. Tak pernah bayar.

Quote shida81 24-10-2023 02:01 PM
Ko mintak sewa 30bthn jugak..
Quote Yunho 24-10-2023 02:03 PM
pelik...mcm org yg bina rumah atas tanah kerajaan mintakk ganti rumah...apehal bg? ko tak bayar cukai tanah pintu...kerajaan nak amik balik tanah nak roboh banglo haram ko...mintak rumah baru padahal dh 7 keturunan dok biak kat situ tak bayar ape2...
layak le roboh...balasan tuhan...org lain berusaha keras untuk yg halal ko dh kaya dok yg haram...dh tiba masanye...tuhan tu adil...
Quote malarky 24-10-2023 02:46 PM

kalau belanda dia tak mau keluar dan mintak tanah sebelah
Quote pokokmeranti 24-10-2023 02:54 PM
pasal tanah boleh dibuat maut walaupun yg berebut tu xde hak
Quote noor2 24-10-2023 03:04 PM
Mak tanah kebun mak akak la..ada org siap duduk buat rumah ..aku nk je halau mak marah aku pulak kata org kg tu semua ada pertalian sedara...dah bukan.tanah aku tp tanah mak...x boleh buat apa..dah la penuh pokok manggis tanah tu...durian pun ada sikit
Quote Skuau 24-10-2023 03:21 PM
Edited by Skuau at 24-10-2023 03:22 PM
Yunho replied at 24-10-2023 02:03 PM
pelik...mcm org yg bina rumah atas tanah kerajaan mintakk ganti rumah...apehal bg? ko tak bayar cuka ...


ini tidak adil jugok...acaner kjaan boleh [email protected] jer 'MEGKLAIM' semua tanah milik dia???(lawak yg bkn lawak...)
Quote Rdizz 24-10-2023 03:40 PM
Mungkin tuan tnh dulu bagi duduk atas ihsan ja, ramai mcm tu, bila jenerasi bertukar dan tnh bertukar milik, tentulah tn tnh baru ada rancangan dia sendiri, yg dpt duduk free tu kena sedar diri lah, jgn ngada2 duduk pun atas ihsan, diberi betis nak paha pulak.
Quote Simunggu 24-10-2023 03:45 PM
mcm palestin & seroel berebut tanah..satu cakap dia punya, satu cakap dari zaman batu lagi dia punya....siapalah ada record pasal ni
Quote Buritan 24-10-2023 03:46 PM
noor2: Mak tanah kebun mak akak la..a ...


Kenkadang org tua mcm tuu laa.. tnh mak sis itu akannn bermasalah time sis nak buat rumah atas tanah tuuu..
Quote Themilo 24-10-2023 03:47 PM
sama la dengan kes tanah nenek weols. ada sorang hamba Allah ni dah buat rumah, workshop menceroboh tanah nenek weols. padahal, takde mintak izin apa pun, nenek weols pun hidup lagi. siap canang dekat tukang ukur tanah, dia ada bayar certain amount untuk sewa tanah tu.

la ni, dia dah meninggal. nenek weols alhamdulillah, masih panjang umur. tunggu masa nak roboh je rumah arwah tu.
Quote Sazreena 24-10-2023 03:51 PM
malarky replied at 24-10-2023 02:46 PM
kalau belanda dia tak mau keluar dan mintak tanah sebelah

Itu dah cam yahoodi gak tuu..
Quote JamilBinAbu 24-10-2023 03:54 PM
nasib dia tak buat kuil hindu... bukan setakat mintak pampasan, silap haribulan tanah terus dapat kat dia
Quote ina_na 24-10-2023 04:07 PM
Nsb baik tanah yg aku ade ni rumah  ni je..X jd gaduh sbb jiran semua faham parking depan rumah masing2 je..Kalo ade tanah kg bahaya gini la..mula2 Kita kesian..lps tu pijak pala
Quote hareeeesah 24-10-2023 04:10 PM
noor2: Mak tanah kebun mak akak la..a ...


Nnti nnti sis kalu nk suruh keluar kena byr pampasan pokok-pokok depa tanam kat tanah tu. Seksa btul…
Quote SalenaGomez 24-10-2023 04:27 PM
Sazreena: Kalah belanda....


Gang yahudi ni
Quote annehuda 24-10-2023 04:32 PM

"ernah lalui hal ni, dulu merayu apabila kena halau tuan tanah terdahulu. Selepas duduk secara percuma lebih 30 tahun, minta pampasan selepas disuruh pindah... masuk mahkamah, tuan tanah kena bayar pampasan ihsan RM25,000," demikian ujar beberapa warga maya.

Kes ni mmg btul pun. Ada satu sekolah pondok kt tmpt aku ni pun atas tanah hakmilik, tuan tanah kata nak wakaf tp tak smpt tukar nama. Dah ninggal anak-anak plak tuntut pusaka. Ujung-ujung masuk mahkamah, anak-anak tu kena bayaq brape ntah kt pondok tu, sebabnya pondok tu mmg dh ada bertahun2. Alasan hakim masa tu walaupun xdak perjanjian black n white tp pondok tu dh ada sejak arwah tuan tanah ada dan tak kena halau pun. Ujung2 anak die give up jah.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.058304 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top