George Town: Polis menahan seorang lelaki kerana menampar petugas Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) yang sedang mengambil sampel jentik-jentik di rumah suspek di Taman Melati, Bayan Baru dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata kejadian itu berlaku kira-kira 10.30 pagi ketika petugas JKNPP itu sedang membuat pemeriksaan nyamuk aedes di kawasan perumahan terbabit. "Menurut lelaki itu, semasa dia sedang mengambil sampel jentik-jentik di kediaman suspek, tiba-tiba suspek datang dan terus menamparnya pada bahagian muka beberapa kali sehingga petugas berkenaan mengalami luka kecil pada bahagian dahi. "Petugas JKNPP itu membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit dan bertindak daripada laporan itu, kami menahan lelaki berumur 44 tahun itu di rumahnya semalam kerana dia turut menghalang penjawat awam menjalankan tugas semasa insiden itu," katanya.
Kamarul Rizal berkata lelaki itu direman bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 332 Kanun keseksaan. Sumber: Harian Metro |
prettyuglybabe replied at 24-10-2023 02:26 PM
rakyat driver P.. apa nak pelik
antikorok replied at 28-10-2023 04:12 PM
Yup. Raykat top 3 negeri bawak kete paling puaka laknat di tanah ayer ni.
Juara pemandu puaka ada ...
prettyuglybabe replied at 30-10-2023 11:55 AM
J dgn P sama je puaka..
so no. 1 = J dgn P share tempat..
no. 2 = D
ADVERTISEMENT