PETALING JAYA – Seorang wanita Israel bertindak baidab, mengejek ribuan ibu Palestin di Gaza yang anak-anaknya terbunuh dalam serangan udara Israel dan tertimbus di bawah runtuhan. Akaun Palestine Online di X menyatakan, wanita yang dikenali dengan nama Eve Cohen itu bermain dengan alat solek dan mendandan dirinya supaya kelihatan seperti ibu-ibu yang menderita di Gaza.
Wanita itu kelihatan menggunakan sos tomato dan bedak di mukanya seakan menyerupai darah dan debu bangunan. Dalam paparan rakaman video klip 15 saat itu, tindakan tidak sensitif wanita Israel itu telah menerima kecaman pengguna laman sosial. “Mereka melalui kesukaran hanya untuk mempunyai bayi. Ibu mengandungkan bayi mereka selama sembilan bulan. “Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk anak-anak mereka. “Kini, mereka kehilangan anak. Dan awak mengejek mereka? Awak tidak sepatutnya memanggil diri awak manusia,” kecam seorang pengguna laman sosial. Selain itu, seorang lagi pengguna laman sosial turut menyelar tindakan wanita tersebut yang tergamak membuat video sedemikian walaupun sedang sarat mengandung. “Dahlah tengah mengandung, boleh pula mengejek orang,” komen seorang pengguna lain. “Ini sangat salah. orang ramai menghadapi realiti pahit di Gaza dan dia di sini untuk bergurau?” ujar Danjuma. Difahamkan, Eve ini juga merupakan seorang pempengaruh di laman sosial. “Sungguh memalukan, dia tidak boleh mengejek perkara-perkara ini sebagai seorang yang berpengaruh, kerana ini tanggungjawab besar untuk menghormati orang lain,” komen Hamadullah. Tambah pengguna laman sosial, akaun Instagram milik Eve itu tidak lagi kelihatan di aplikasi tersebut dan ada juga yang mendakwa ia telah digodam. – CARI Sumber: Kosmo
|
asyriqa: Betina celaka laknatullah
Decaffeinated replied at 23-10-2023 09:52 AM
Apa dia kata?
dua_chzy replied at 23-10-2023 06:14 PM
Kan. Ai also curious.
Macam buat satira saja.
ADVERTISEMENT