Seorang kanak-kanak lelaki dirakam mengeluarkan kepalanya melalui sunroof (bumbung tembus cahaya) sebuah kereta di Ipoh, Perak pada Ahad. Video berdurasi 27 saat itu memaparkan aksi berbahaya dilakukan budak terbabit apabila separuh daripada badannya berada di ruang tersebut.
Dalam pada itu, kenderaan jenis BMW berwarna biru itu turut dirakam memandu laju di lorong kanan sekali gus mengundang kecaman di laman media. Rata-ratanya mempertikaikan sikap lalai si pemandu yang membiarkan kanak-kanak itu melakukan perkara tersebut. "Sikap ibu bapa yang tak pentingkan keselamatan anak-anak, boleh didakwa sepatutnya kerana melanggar peraturan jalan raya," kata Nor Shuhada. "Pandu laju lepas itu anak dibiarkan keluar kepala ikut 'sunroof', kalau dah tercampak keluar siapa nak disalahkan," ujar Mohd Amsyar. "Dah banyak kali kes macam ini berlaku, tapi masih ada yang degil, elok diharamkan terus kereta yang ada 'sunroof', senang kerja polis tak payan keluar saman banyak kali," tambah Khairul004.
|
ADVERTISEMENT