CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tak nak LHDN Tahu Lah Tu," Wanita Beli Beg LV, Selamba Bayar Cash RM44,500

23-10-2023 03:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7822| Komen: 73

Seorang wanita menjadi perhatian ramai selepas memilih untuk menggunakan wang tunai bagi membeli sebuah beg tangan berjenama mewah yang bernilai RM44,500.

Kisahnya tular selepas video tersebut dimuat naik di Platform X.


Foto: X

"Forty four thousand five hundred for a small little LV Bag... RM44,500.00," ciapnya ringkas.

Dalam rakaman berkenaan, kelihatan beg berwarna biru yang dibeli itu bersaiz kecil dan berbentuk segi empat tepat.

Apa yang menarik, wanita terbabit juga dipercayai membawa wang tunai yang banyak itu menggunakan beg guna semula berwarna biru.



Disebabkan itu urujual butik mewah tersebut perlu menggunakan mesin pengiraan wang tunai sambil disaksikan wanita tersebut.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakannya membuat andaian mereka yang menggunakan wang tunai untuk membuat pembayaran bagi jumlah besar cuba untuk mengelak cukai.

"Tak nak LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) tahu la tu, salah satu cara untuk elakkan bayaran pemprosesan kad kredit.

"Orang bijak tak akan bayar tunai dalam jumlah yang banyak.

"Mesti LHDN sedang memerhati, siap sedia la. Bawa duit tunai banyak di tempat awam, bangga dapat pikul banyak tunai... show off," ujar beberapa warga maya.

Dalam masa sama tidak kurang juga yang berpendapat wanita berkenaan tidak mempunyai cita rasa yang baik.

"Tak kisah duit tunai atau kredit, tapi belilah yang elok sikit.

"Kalau suruh teka berapa ringgit pun, mungkin orang tak akan teka sampai RM44,000.

"Kalau dia pakai nanti orang tahu ke beg tu RM44,500?" ujar sebilangan netizen lagi. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 23-10-2023 03:39 PM
Mampo tgk je xim sbb tak mampoo..
Quote adiksha 23-10-2023 03:41 PM
ke cuci duit *[em:4:]*
Quote honam 23-10-2023 03:43 PM
44k tu bagi dia sama mcm 4.50 kupang je
Quote midori888 23-10-2023 03:46 PM

possible jugak tu...
Quote kechikchomel 23-10-2023 03:48 PM
duluuuu iolss pernah ternampak kat the gardens. Dior buka pop up store kat level bawah tu. (level berapa iolss tak ingat) iolss masa tu betul2 kat atas pop up store tu. pastu iolss ternampak staff dia tengah kira duit berkeping2 (bersusun atas kaunter tu). kat depan tu ada customer, pastu kat atas kaunter tu ada beg.

maybe orang tu bayar cash la jugak kot.
Quote Skuau 23-10-2023 03:51 PM
pompuan,ni patut cari dan saman si 'pemviral'(ada ke istilah ni)...ni sepatutnya maklumat sulit pelanggan...
Quote AbukRokok 23-10-2023 04:00 PM
Biarlah.. kemain sibuk je korang
Quote dekmieDandy 23-10-2023 04:00 PM
rasanya pernah nampak video ni kat TT dulu, baru ada yang re-up semula kat twitter

yang beli pun laki kalau tak silap
Quote nw111 23-10-2023 04:09 PM
Beg camtu, kalau kena bayar 4k pun i taknak beli...punya la tak lawa..
Quote TabletSusu 23-10-2023 04:14 PM
Skuau replied at 23-10-2023 07:51 AM
pompuan,ni patut cari dan saman si 'pemviral'(ada ke istilah ni)...ni sepatutnya maklumat sulit pe ...

bukan dia sendiri ke yang pos?
Quote Simunggu 23-10-2023 04:15 PM
patutlah dlm neraka ramai kaum hawa...
Quote mayaHD 23-10-2023 04:21 PM
zaman bila punya beg neh? punya la banyak bag lawa2 dlm tu haihhhhh
Quote faint_heart 23-10-2023 04:27 PM
Sorry bad taste … 44k for an ugly bag .. dah la colour mcm balai polis
Quote hayrin86 23-10-2023 04:28 PM
Beg tangan mewah bukannya keperluan pun, sama juga dengan jam tangan mewah jenama Rolex..
Quote Skuau 23-10-2023 04:31 PM
TabletSusu replied at 23-10-2023 04:14 PM
bukan dia sendiri ke yang pos?

kalo dia sendiri...bertambah la OKB(B for bengong) kt Msia ni...
Quote jejaka_hensem 23-10-2023 04:34 PM
Beg2 mewah ni akan nampak 'mahal' kalau org yg bawak tu 'mahal'.
Kalau rupa kebanyakan,terus nampak beg pasar malam
Quote Herlina 23-10-2023 04:38 PM
Ujung2 dia pakai org mesti pikir CHI CHEONG KAI mari
Quote BoongaKertas 23-10-2023 04:38 PM
speechless. pulis, tgk akak ni membazir
Quote salimrock 23-10-2023 04:41 PM
kalau mampu bayar je la cukai lhdn tu ...

dah kita duduk malaysia, guna infrastruktur dari kerajaan malaysia, bayar je la cukai tu....


tak nak lhdn tau, tp nak netizan dan orang ramai tahu, orang kerja lhdn tu pn mgkn netizan atau orang ramai...

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.041679 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top