CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Beri Rantai Emas RM25,850, Usahawan Tudung Belikan Kucing Peliharaan Kereta BMW

23-10-2023 11:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7465| Komen: 110

PETALING JAYA – Seorang usahawan tudung Liza Maysuri menghadiahkan sebuah kereta mewah BMW kepada kucing peliharaannya bernama Money.

Foto: IG


Haliza yang juga seorang influencer memuat naik rakaman berkenaan melalui laman Instagram miliknya, memaparkan majlis penyerahan kereta tersebut.


Dalam video itu, kelihatan Money turut mengenakan sepasang gaun merah yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal iaitu Man Kajang.

“Hari ini Money dapat kejutan dari papa. Papa beli kereta baru,” katanya dalam video tersebut.


Bagaimanapun, ini bukan kali pertama Money menerima layanan seperti seorang puteri, malah kucing bertuah itu pernah menerima rantai emas bernilai RM25,850.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai mengucapkan tahniah kepada Haliza dan suaminya serta Money.


“Untungnya jadi Money dapat BMW, tahniah puan dan suami,” kata Jamilah.

“Bertuah Money dan comel sangat. Alhamdulillah di atas segala rezeki yang dikurniakan untuk puan,” ujar Ummi.

“Comel betul gaun itu, cemburu kita Money dapat naik kereta BMW dulu,” kata Tiena. –CARI


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 23-10-2023 11:02 AM
nk komen apa ek? so kucing dia dh amek lesen keta tak tu
dh kucing tu kucing je la..ko bg cat treat ngna wet food pun dia dh happy kot
Quote asudau 23-10-2023 11:04 AM
dia ni bodo ke atau nak buat marketing ?
Quote zehra2 23-10-2023 11:05 AM
ni nama nya kucing kaya. sekor dia je ada sebiji kereta.
bukan lah jd syada amzah. kaya kucing sampai 50 ekor.
Quote vanillaninja 23-10-2023 11:21 AM
Ooo. Ni ke rupa owner Bawal Exclusive.
Quote Thunderclouds 23-10-2023 11:22 AM
Nk ckp satu ja.
Ni bukan isu semasa tau hanat.
Quote cutieslilies 23-10-2023 11:27 AM
ckp jer laa kete laki belikan..kan senang..apa kene mengena kucing tu pulak..bukan nama atas kucing pun..hadoii laa marketingnyaaa
Quote Delifrance 23-10-2023 11:28 AM
Esok pagi bila bangun n takde idea dah nak riak apa pulak mesti terus sawan ek org mcm gini?
Quote VespaSilbe 23-10-2023 11:28 AM
B tu o tu d tu o tu h
Quote Binodino 23-10-2023 11:34 AM
Emangnya ponder2 bila dah kaya auto bodoh ye? Eh, buka bodoh. Bengap.

Jutawan2 yang memang bisnes legit, bukan OEM, mula dari bawah takdela pulak bengap macam ni.
Quote MadameOnion 23-10-2023 11:37 AM
markerting murahan pun tetap marketing..pprt punya perangai walaupun kaya
Quote mamajawie 23-10-2023 12:02 PM
aku ni skeptikal skit kalau beli keta mewah bagi kat laki atau kat anjing sbab nampak nau tu marketing semata
Quote imransulaiman 23-10-2023 12:06 PM
Tak lama lagi kucing dia ni masuk buku Guinness Malaysia
Quote kucingitam 23-10-2023 12:20 PM
cutieslilies replied at 23-10-2023 11:27 AM
ckp jer laa kete laki belikan..kan senang..apa kene mengena kucing tu pulak..bukan nama atas kucing  ...

ni namanya menunggang kucing..dgn kucing2 kena fitnah ni..
Quote ketambangkang 23-10-2023 12:24 PM
kucing pon dh pakai bmw...aku masih bwk savvy ke sana ke mari
Quote itik_magic 23-10-2023 12:26 PM
adakah jd kucing lg untung dr jd manusia?
Quote SalenaGomez 23-10-2023 12:33 PM
mamajawie replied at 23-10-2023 12:02 PM
aku ni skeptikal skit kalau beli keta mewah bagi kat laki atau kat anjing sbab nampak nau tu marketi ...

Alaaaa anggap je lah beli utk diri sendiri pastu bg pinjam kat kucing tu pakai. Kucen tu bila mati nanti pon mmg reta tu sume owner tu punya.

Apa la jadi kalau kucen tu mati ya? Meroyan kot kejap.
Quote nazurah 23-10-2023 12:41 PM
Binodino replied at 23-10-2023 11:34 AM
Emangnya ponder2 bila dah kaya auto bodoh ye? Eh, buka bodoh. Bengap.

Jutawan2 yang memang bisnes l ...

Sheols legit la… berniaga dah 25 tahun, dari kedai kecik kat Jalan TAR sampai dah ada butik sendiri.

Ni semua utk content semata…
Quote Binodino 23-10-2023 12:44 PM
nazurah replied at 23-10-2023 12:41 PM
Sheols legit la… berniaga dah 25 tahun, dari kedai kecik kat Jalan TAR sampai dah ada butik sendi ...

If dah 25 tahun berniaga, tak perlu la nak buat sesuatu 'demi content'. El cheapo sangat.

Stay classy. Gituh
Quote Skuau 23-10-2023 12:45 PM
sapa kata orng Melayu miskin??? kuceng pon bawa bmw..tuan punya..misti bawa jet peribadi...satgi nk google top 10 terkaya kt Msia..dia ke berapa agaknya...

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.059838 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top