CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mode Ruffedge Kena Kecam Nyanyi Lagu 'Bila Rindu' Di Perhimpunan Palestin

22-10-2023 07:35 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 12544| Komen: 21

Tampil menyanyikan lagu Bila Rindu di perhimpunan aman solidariti terhadap rakyat Palestin, anggota kumpula Ruffedged, Mode menerima kecaman ramai mendakwa penyanyi itu tidak menjaga sensitiviti.

Susulan itu, Mode kemudian mempertahankan diri, menjelaskan dia memilih lagu berkenaan bagi memperingati umat Islam yang berada di Palestin.


Mode atau Syed Mohammad bin Syed Abdullah, 47, menjelaskan lirik yang dinyanyikan itu bukan hanya memberikan satu maksud namun boleh ditujukan kepada rakyat di bumi bergolak itu.

“Saya cuma nyanyi empat baris. Kenapa tidak boleh? Saya rindu kepada saudara-saudara saya di Palestin, itu yang saya maksudkan.

“Bagi saya memang tiada masalah. Lirik lagu itu boleh ditujukan kepada rakyat di Palestin. Ubah lirik lagu itu ikut kesesuaian," katanya ketika dihubingi mStar pada Ahad.

Pada Ahad, Ruffedge menerima kecaman netizen susulan ramai beranggapan lagu itu tidak bersesuaian dengan tragedi yang sedang melanda negara bergolak itu.


Ada juga di antara peminat yang meluahkan kekesalan kerana kumpulan tersebut dianggap tidak sensitif terhadap isu sedang melanda umat Islam di sana.

"Yang aku tak boleh terima masa nyanyi lagu Bila Rindu atas pentas!

"Himpunan Palestin jadi himpunan Jom Heboh ke? Kenapa kena ada nyanyian?,” komen netizen.

Sementara itu, kemarahan netizen lebih memuncak apabila aktiviti nyanyian dibenarkan manakala laungan takbir Allahuakbar dilarang pihak penganjur.

“Macam tidak kena lagu dengan program... Nak bertakbir pun dihalang, memang minta kena kecam penganjur ini.

“Ada persembahan Bila Rindu? Laungan Allahuakbar tqk boleh, menyanyi boleh pulak?,” kata netizen lagi.


Untuk rekod, perhimpunan tersebut dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) Viva Palestina Malaysia (VPM) dan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).

Orang ramai berkumpul di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sejak pukul 9 pagi untuk menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin.

Bukan sahaja warganegara dan juga umat Islam, malahan rakyat asing dan agama lain turut kelihatan menyatakan sokongan kepada perhimpunan yang bertemakan Freedom For Palestine itu.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 22-10-2023 07:37 PM
Netizen ni, kau nak apa sebenarnya utk kepuasan hati kau tentang isu palestin???? Kau sendiri tak ada apa2 sumbangan menyeluruh tentang isu palestin ni!!!
Quote opie5662 22-10-2023 07:41 PM
Netizen malaysia ni tak reti penat eh. Semvang kencang kat sosmed je lebih. Gi la bungkus baju, gi berjihad sana... Jgn sibuk kat sosmed je
Quote nadie90 22-10-2023 07:45 PM
Oo Mode rupanya...ada terbca td kt twitter tapi xdak video/gmbr dia nyanyi msa perhimpunan Palestine.

Salah ka dia nyanyi
Quote Yumerling 22-10-2023 07:47 PM
Baca kat komen² Fb katanya Ruffedge nyanyi dok gelak² macam dok buat main² la kot
Quote aechae 22-10-2023 08:43 PM
opie5662 replied at 22-10-2023 07:41 PM
Netizen malaysia ni tak reti penat eh. Semvang kencang kat sosmed je lebih. Gi la bungkus baju, gi b ...

Yg bising tu yg berpeluh ketiak pegi dataran merdeka tu lh kot… warga X yg terpalingg byk twit gtu
Quote dua_chzy 22-10-2023 08:46 PM
Yumerling replied at 22-10-2023 11:47 AM
Baca kat komen² Fb katanya Ruffedge nyanyi dok gelak² macam dok buat main² la kot

Dia ikut mood lagu kot.

Quote MadameOnion 22-10-2023 09:08 PM
Entah.. Tak minat..
Quote beta_carotene 22-10-2023 09:20 PM
Dia ni la kan abg baju oren yg beriya nyanyi lagu raya haji tu kan
Quote Kampungpeoplesz 22-10-2023 09:24 PM
Lahhhhh bukan dia nyanyi lagu dangdut bgelek kat situ netz oiiii hadoi laaaaaa
Quote bvsf06 22-10-2023 09:41 PM
Isunya pasal double standard
Crowd nak chanting Allahu akbar tak boleh, offensive pada non-muslim katanya
Tapi nyanyi lagu bila rindu yg tak ada kena mengena dgn palestine dibenarkan pulak
Negara lain yg sah-sah bukan negara majority muslim relax je berarak takde halangan, semua in peace je
Quote cikuduku 22-10-2023 10:21 PM
Edited by cikuduku at 22-10-2023 10:57 PM
beta_carotene replied at 22-10-2023 09:20 PM
Dia ni la kan abg baju oren yg beriya nyanyi lagu raya haji tu kan

haahaahha video tu wajib setahun sekali keluar blk
Quote renko 22-10-2023 10:51 PM
Over plak netijen2 ni
Quote katnissE 22-10-2023 10:54 PM
bvsf06 replied at 22-10-2023 09:41 PM
Isunya pasal double standard
Crowd nak chanting Allahu akbar tak boleh, offensive pada non-muslim ka ...

Yup

Yang tak ikuti perhimpunan ni mesti kecam netizen.  Nak kutuk netizen tapi sendiri tak tau cerita.  Apooo
padahal yang berhimpun tu bengang dengan penganjur
Aleh aleh Ruffedge ni boleh pulak gitu.
Quote Skyline_84 22-10-2023 11:06 PM
ape benda la perhimpunan ni ..tk boleh chanting allahuakbar..kena rampas kan...kekonon nk galakkan non muslim join
Quote cruz2 22-10-2023 11:42 PM
Oh nama dia Mode yer? Acik rasa betul dh td table kami bersebelahan kat chili's mid valley.
Acik bgtau anak2 acik rasa tu artis haram budak2 remaja ni kenal artis2 purba
Quote hangdenim 22-10-2023 11:54 PM
Fokus pada isu, buat apa gaduh benda remeh ginii
Quote cmf_premierleag 22-10-2023 11:57 PM
Dulu ms muda,hensem mode ni
Rugi x study kat uni curtin perth dulu..kalo x mesti bleh jmpe ms time study dulu
Quote kaedahnya 22-10-2023 11:57 PM
encem gak dia ni, dah tua tua ni rupa paras ada vibe vibe orang korporat yang nak join politik.
Quote babynina30 23-10-2023 12:08 AM
beta_carotene: Dia ni la kan abg baju oren yg ...


I nk carik vid

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.043069 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top