Pempengaruh media sosial, Ceddy Ang turut menunjukkan solidariti terhadap kekejaman di Palestin dengan menyertai perhimpunan bersama rakyat Malaysia yang diadakan pada Ahad. Kata Ceddy, perhimpunan aman yang diadakan di Dataran Merdeka itu tidak hanya mengenai agama semata-mata tetapi juga mengaitkan isu kemanusiaan.
"Saya berada di perhimpunan Dataran Merdeka anjuran @vivapalestinamy dan saya berpuas hati melihat orang dari semua kaum dan agama berkumpul. Jelas ini bukan saja tentang agama, ia tentang kemanusiaan. "Berdiri sebelah menyebelah, bersatu untuk keadilan dan kebebasan, kita diingatkan bahawa semangat kemanusiaan yang dikongsi menjadikan kita lebih erat daripada sebarang perbezaan yang ada di antara kita," katanya menerusi Instagram. Menerusi perkongsian itu, Ceddy memakai kemeja-T warna hijau dan meletakan mafla Palestin di bahunya sambil melaungkan 'From the river to the sea, Palestine will be free'.
Dalam pada itu, Ceddy turut menjelaskan perhimpunan itu diadakan bagi meningkatkan kesedaran, menunjukkan perpaduan selain bantahan terhadap rejim zionis didengari ramai. "Kepada orang yang mungkin mempunyai soalan seperti apakah tujuan perhimpunan ini? Perhimpunan baik seperti ini adalah cara yang baik untuk meningkatkan kesedaran, menunjukkan perpaduan dan menjadikan suara kolektif kita didengari di pentas global. "Ia juga mengenai mempengaruhi pendapat umum, yang seterusnya boleh mempengaruhi pemimpin dan badan antarabangsa kita untuk mengambil tindakan," katanya. Sumber: mStar |
mamajawie replied at 23-10-2023 11:16 AM
aku ni mula2 ingatkan caddy ni tomboy rupnya aqua..tapi aku da banned viva palestina dgan dr liberal ...
kechikchomel replied at 23-10-2023 03:54 PM
aqua tu apa? iolss masa mula2 tengok reels dia lalu lalang kt fb iolss, ingatkan pompuan. tapi sua ...
kechikchomel replied at 23-10-2023 07:54 AM
aqua tu apa? iolss masa mula2 tengok reels dia lalu lalang kt fb iolss, ingatkan pompuan. tapi sua ...
ADVERTISEMENT