CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pengacara Sekarang Suka Cakap Lepas Sebab Tak Tahu Nak Cakap Apa - Helmi Gimmick

22-10-2023 05:05 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3366| Komen: 24

Pengacara, Helmi Gimmick berkata, sebagai seorang pengacara, sikap profesional, menghormati tuan rumah dan bijak melontarkan kata adalah kriteria utama bergelar hos yang baik dan tidak biadab.

Katanya lagi, generasi baharu dalam bidang pengacaraan malas dan tidak mahu menggali ilmu dengan lebih dalam untuk mempelbagaikan teknik mengendali program atau acara.


“Banyak sudah orang cakap pengacara sekarang suka cakap lepas, kurang sopan. Itu kerana mereka tidak ada pengetahuan nak gurau apa. Apa yang mereka lihat ketika itu, dia jadikan guaruan dan bahan jenaka.

“Jangan malas. Kena banyak membaca, gali ilmu. Kita kena tahu, itu acara apa, siapa audiens. Itu kan rezeki, kalau tak tahu buatlah kajian. Profesional itu tidak akan berubah pun mengikut zaman.

“Di mana kita berpijak, di situ ilmu dan adab kita junjung. Mungkin pengacara sekarang sudah biasa bersuap. Skrip disiapkan, sudah begitu acuannya. Kami dulu mana ada, semua kena buat sendiri,”ujarnya.


Diaju soalan adakah kerana itu, dia dikatakan merajuk dengan dunia seni sehingga memilih untuk bekerja tanpa limpahan lampu populariti, pengacara Famili Ceria itu menggelengkan kepala.

“Bukan merajuk dengan dunia seni pun, cuma bagi saya sistem yang ada itu tidak sepatutnya menzalimi atau membuatkan seseorang teraniaya. Nak panggil buat persembahan, bayar RM500.

“Alasan, kami bagi publisiti meluas. Zaman sekarang, publisiti meluas macam mana? Kiri kanan media sosial. Berilah bayaran setimpal dengan usaha, bukan sekadar gunakan nama kami,” ujarnya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 22-10-2023 05:14 PM
Isi takde. Merapu lebih. Modalnya kutuk2 orang lain. Menyampah!


Quote Sunkiss8999 22-10-2023 05:20 PM
Rindu zaman pengacara dulu2..cheryl samad..pengacara 3R..hos nona zaman normala samsudin smpai nurul syuhdah nurul ain..zakiah anas 999..eh bnyk la lagi..skrg hos nye pelakon atau pelawak..yg xde background jd pengacara pastu tiber jadi pengacara..mmg merepek la jawab nyee
Quote red_velvet 22-10-2023 05:49 PM
Setuju tapi si gimik ni pun mengacara tak best.. suara kahak heols annoying, tiap kali dia bercakap i rasa nak tolong dehemkan je

Btw i rindu gandingan intan suraya n laki farah lee dalam sinaran pasport kegemilangan dulu kala
Quote Hoola 22-10-2023 05:53 PM
ya skrg ckp lps
aku kau
blum yg acah bgduh atas pentas, merajuk, perli
konon nk bgurau org tu pun sporting
konon chill lahh santai2 xnak berprotokol

audien korg bkn bdk2 ya
golngan profesional, pemikir, tansri, dato seri dato datin pun tgk kalu lpak seisi klurga

dj radio pun sama

mcm sarkis sekor2
better stop dr jd habit

dj saluran english ok je buat lwk santai penuh humor dan lwk bijak
Quote exclusive_vvip 22-10-2023 05:59 PM
red_velvet replied at 22-10-2023 05:49 PM
Setuju tapi si gimik ni pun mengacara tak best.. suara kahak heols annoying, tiap kali dia bercakap  ...

kannnn..heols ni pun iols menyampah je dulu..xde glamer sgt2 pun..selebriti gitu lah..asal dah masuk level berusia, mula la bajet nak condemn/nasihat selebriti muda..pdhal diorg xde la tahap Wow pun masa muda dulu..btw, back to topic, pengacara2 skrg mmg merengsakan sbb byk yg syok sendiri..
Quote wirazam 22-10-2023 06:00 PM
Oklah tu..bukannya ko jadi emcee majlis rasmi...ini acara hiburan je...
Btw..aku nak tgk jugak gv ambik helmy ni jadi pengacara gv..
Quote lilac85 22-10-2023 06:19 PM
Pernah tgk dia ni mengacara ok la
Quote ezacbee 22-10-2023 06:23 PM
Apa kata survey...

Lama xde game show camni kat TV.

Dulu host semua bagus2.. paling2 rtm bila bercakap tersusun je..

Quote Perawankota 22-10-2023 09:29 PM
Dulu company aku panggil dia jadik emcee utk staff party, best jugak..

Tapi memang betul pengacara zaman sekarang memang tak der etiquette.. bukan pengaca jer.. budak2 muda yang keje service line pon makin tak beradab.. tak beradab dgn customer, tak beradab dgn sesama colleague.
Quote sayurmayur88 23-10-2023 07:35 AM
setuju.............
Quote Sazreena 23-10-2023 09:39 AM
Apa kata surveyyyyy....yaaa inilah padahnya bila stesen tv/radio and sakneka maknenek program mengangkat pelawak bingai jadi hos, presenter, dj. Alasan pemes. Pemes tapi bingai watpe. Pastu x abis-abis buat lawak gelak sendiri/gelak sapot. Paling rengsa lawak speaking omputih. Yea..we get it majority pelawak meleis tak fluent english tapi jgn la jadikan benda tu lawak. Very degrading la. Jarang ada quality cam Douglas Lim. Itulah beza dj stesen omputih.
Quote swimswim 23-10-2023 10:14 AM
My ex company, an mnc, pernah ambik dia jadi emcee. Ok la, pandai menghidupkan suasana. Cakap english, mandarin, tamil pun boleh. So semua org entertained.
Quote edayildiz 23-10-2023 10:19 AM
eh dia ni bkn dh meninggal tu ke..alamak ampun
Quote annabellaruz2 23-10-2023 10:22 AM
Pernah ambik dia jd emcee utk family day ex-company.. ok jer dia..lawak dan pandai nak interact org sbb dia boleh bercakap pelbagai bahasa.

Company dinner pernah ambik dee jd MC..pun ok.
Ceria jer sepanjang majlis.
Quote supernaturalee 23-10-2023 11:26 AM
die jd hos pun xbest mn
rsnya x pnh mn2 award show stesen tv ambik die
program2 tv je ada

tp he got point kt ats tu
boleh nk melawak tp lawak yg bijak

rsnya masa harith iskandar, afdlin shauki, bob lokman, kak deeb jd hos aim yg best
kita blh masuk dgn joke dorg yet still rasa prestij majlis anugerah tu


Quote kucingitam 23-10-2023 12:34 PM
ezacbee replied at 22-10-2023 06:23 PM
Apa kata survey...

Lama xde game show camni kat TV.

haha best.. yg family feud malaysia tu pun ala2 apa kata survey gak.
Quote kucingitam 23-10-2023 12:35 PM
annabellaruz2 replied at 23-10-2023 10:22 AM
Pernah ambik dia jd emcee utk family day ex-company.. ok jer dia..lawak dan pandai nak interact org  ...

dee memang best . tak sempat nak rasa ngantuk kalau dia jadi emcee majlis
Quote EncikRhoma 23-10-2023 01:44 PM
Dia pun dulu mengacara annoying jugak
Quote shernazz 23-10-2023 01:54 PM
red_velvet replied at 22-10-2023 05:49 PM
Setuju tapi si gimik ni pun mengacara tak best.. suara kahak heols annoying, tiap kali dia bercakap  ...

Suara dia MCM cakra khan
Iols rasa nak berdehem.je bila depa Ni berkata Kata atau nyanyi

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.108635 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top