CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Budak Muda Hambur Komen Kurang Sopan, Raja Ema Enggan Ambil Pusing, Terus Buat Tapisan

22-10-2023 11:15 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7418| Komen: 19

Penyanyi dan pelakon Raja Ema mendedahkan pernah menerima mesej nakal daripada pengikut di media sosial miliknya yang mahu mendekati dirinya.

Raja Ema atau Raja Emma Raja Ibrahim, 56, turut berkata, ada segelintir golongan muda yang juga menghamburkan kata-kata kurang sopan terhadapnya.



Enggan ambil pusing akan perkara itu, Raja Ema sebaliknya bertindak menapis setiap mesej diterima di laman sosial miliknya.

"Ada juga mesej-mesej nakal tapi mereka tidak berani melampau dan kebiasaannya pembantu akan tapis semua mesej yang diterima.

"Gangguan di media sosial itu perkara biasa sebab saya anggap mereka ini budak-budak... Kalau saya layan boleh jadi gaduh, jadi lebih baik biarkan sahaja.

"Kalau nak terangkan setiap soalan yang diberi pun susah sebab mereka tidak rasa apa saya lalui," katanya.

Ditanya tentang soal hati, penyanyi lagu Jejaka Idaman ini lebih selesa hidup sendirian selepas bercerai dengan bekas suami iaitu penyanyi Sheqal pada 1999.



Kata Raja Ema, selepas 24 tahun bercerai dia gembira menjalani kehidupan bersama dua orang anak lelakinya selain menyibukkan diri dengan aktiviti lakonan dan perniagaan.

"Kalau ada cuba pikat, saya selalu beritahu saya 'single but not available'... Saya gembira kehidupan bersama anak-anak. Mereka pun semua sudah besar dan kami selesa begini.

"Saya juga sibuk dengan kerja termasuk perniagaan makanan yang diusahakan. Semua itu sudah cukup buat saya gembira dan selesa hidup tanpa pasangan," jelasnya.

Sementara itu bercakap tentang perjalanan kerjaya nyanyian, Raja Ema memberitahu dia belum terfikir untuk merakamkan lagu baharu meskipun sudah ada pihak membuat tawaran.

"Kalau buat lagu baru pun peminat masih mahukan lagu Angan-Angan, Jejaka Idaman dan Mentari Korea. Susah nak buat lagu baru sekarang ini.

"Memang ada perancangan nak buat lagu baru, tapi masih berfikir lagi," jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 22-10-2023 11:41 AM
Single tapi ada duit sendiri tak mintak derma bantuan sana sini, oklah tu.. hiduplah dgn apa yg kita suka, kita bahagia.
Quote dua_chzy 22-10-2023 11:44 AM
Teringat dulu sheols kena love scam.
Quote sukacactus 22-10-2023 12:34 PM
Alah ko tu sikit lagi konon nak pindah London nun katanya
Quote kaedahnya 22-10-2023 12:40 PM
berapa banyak dia dikikis time kena catfish lovescam tu.
anyway tudung kuning tu tutorial pemakaian dia cemana aa?
Quote lilac85 22-10-2023 06:25 PM
Itulah sebaiknya
Quote sharlenetexas 22-10-2023 08:26 PM
Kekma ni sejenis bambam yang cantik. Suka tengok sheols zmn remaja hingga sekarang.


Quote kucingitam 23-10-2023 10:40 AM
betul, bam2 yang cantik. masa muda pun bam2 comel. sama dgn arwah yusni. comel je.
Quote asamfish 23-10-2023 11:11 AM
dia ni mmg aku respect...lawa dia tak luntur...kulit pun mulus dari dulu...jenis tak meroyan...
Quote ketambangkang 23-10-2023 11:12 AM
dulu nyaris2 jd org istana
Quote yum3 23-10-2023 03:56 PM
sukacactus replied at 22-10-2023 12:34 PM
Alah ko tu sikit lagi konon nak pindah London nun katanya

ohh yg dia kata lepas kwin nk dok London tu love scam ke?
Quote sukacactus 23-10-2023 05:11 PM
yum3 replied at 23-10-2023 03:56 PM
ohh yg dia kata lepas kwin nk dok London tu love scam ke?

Haah!
Hati dicuri businessman from London you!
Quote eely_shana 24-10-2023 05:55 AM
Cantik je akak ema. X kisah lah ada suami ke tak, moga bahagia
Quote irsa 24-10-2023 07:20 AM
Low profile sheols ni. Suka dgr sheols bercakap, lemah lembut n manja lagi walaupon dah berusia.
Quote balakkampung 24-10-2023 07:20 AM
Datuk Aishah kena ikut cara kak ema, jgn layan sangat komen2 netizen kat IG tu. kalau agak tak leh handle, tutup jer ruangan komen. kadang yg mengomen tu cakap jer pandai.walhal hidup pon tunggang langgang.

apapon kak ema mantain manis macam muda2 dulu jugak. age gracefully.
Quote TomyamPuteh 24-10-2023 07:44 AM
Pernah nmpk dpn2 masa dia nk buat come back. Awet muda betul. Lawa plus sweet
Quote miss_strangers 24-10-2023 08:06 AM
Canteknya acik Emma ni....dah tua pon cantik n gebu....
Quote juruterra 24-10-2023 08:15 AM
kaedahnya replied at 22-10-2023 12:40 PM
berapa banyak dia dikikis time kena catfish lovescam tu.
anyway tudung kuning tu tutorial pemakaian  ...

kan..cantik plak baru ingat nk tiru stylingnyaSweet juga raja ema ni cuma dh kertu..elok la buat hal sendiri happy dgn anak2 & kerja. ada laki kdg bkb menyenangkan tapi menyusahkan



Quote putericahaya999 24-10-2023 08:31 AM
balakkampung replied at 24-10-2023 07:20 AM
Datuk Aishah kena ikut cara kak ema, jgn layan sangat komen2 netizen kat IG tu. kalau agak tak leh h ...

Datuk cah dh 4 kali ... raja ema..yg sekali tu jela

Ini jelas menunjukkan cara pikir berbeza
Quote belilies 24-10-2023 09:00 AM
dua_chzy replied at 22-10-2023 11:44 AM
Teringat dulu sheols kena love scam.

Iols baru nak komen, ingat weols ni tak lupa ke sheols kene catfish dulu tu. Ni acah2 warning mcm hot stuff padahal level nenek sudah

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.094833 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top