Amy mastura Malah dengan kehadiran penyanyi dan pelakon Amy Mastura memeriahkan lagi Dapur Specialis, Sunlight dan Cif. Amy turut berkongsi gaya hidupnya sebagai seorang ibu dan juga kerjayanya. Walaupun, beliau sangat sibuk dengan kerja sana sini tetapi beliau turut menekankan kepentingan untuk meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak dan keluarga. Amy masih lagi menitikberatkan soal penjagaan dan pembersihan rumah. “Amy sebenarnya dah lama gunakan Sunlight dan Cif untuk cuci pinggan mangkuk, produk ini berkesan hilangkan kesan minyak kotor, sebab itu Amy sukakannya. “Segala kotoran dekat dapur, Amy gunakan Sunlight dan Cif ini, berbaloilah kiranya,” jelas Amy. Dikesempatan itu, kami turut bertanyakan perkembangan terkini Amy Mastura. “Seperti semua orang tahu, Amy baru saja habis Teater Nyonya and The Geng di Istana Budaya. “Sekarang Amy sedang mencari-cari bahan dan lagu untuk single baru yang akan keluar selepas raya nanti, selebihnya Amy akan menghadiri majlis berbuka puasa dan memeriahkan program hari raya,” jelasnya. Sebenarnya, sepanjang bulan puasa tidak banyak aktiviti yang akan Amy ikuti kerana ingin cuti berehat dan meluangkan masa bersama keluarga. Malah, Inshaallah akan memperbanyakkan amal ibadah pada bulan yang mulia ini.
|
ADVERTISEMENT